Sunday, October 22, 2023

JEJAK LANGKAH KU

Jejak langkahku melangkah dalam sunyi
Menyelusuri lorong kehidupan yang tersembunyi
Dalam setiap jejak, kisahku terukir
Mengabadikan perjalanan hati yang terluka
 
Jejak langkahku membawa cerita yang beragam
Penuh dengan liku dan tentangan yang mencabar
Namun ku tetap berjalan dengan penuh keyakinan
Menyusuri jalan hidup tanpa henti, tanpa batasan
 
Jejak langkahku, seringkali tergelincir
Namun aku bangkit dan berdiri kembali
Kekuatan dan ketabahan menyertai setiap langkah
Membawa harapan yang tak pernah padam terjaga
 
Jejak langkahku, membawa aku ke tujuan
Meraih impian dan menggapai puncak tertinggi
Melalui hutan belantara dan lautan duka
Ku tak gentar, ku tak goyah, ku terus kuat
 
Jejak langkahku meninggalkan jejak di tanah
Sebagai kenangan bagi mereka yang aku temui
Semoga jejak ini memberi inspirasi dan motivasi
Untuk mereka yang berjalan di belakangku
 
Jejak langkahku mungkin tak sempurna
Namun setiap langkah membentuk jati diri
Dalam jejak ini, ku temukan makna sejati
Bahwa hidup adalah tentang perjalanan yang tak pernah habis
 
Jejak langkahku menjadi bagian dari cerita
Cerita hidup yang takkan pernah berakhir
Teruslah melangkah dengan penuh semangat
Dan biarkan jejak langkahmu menginspirasi yang lainnya

Saturday, March 28, 2020

Alunan Semangat

Ketika aku memilih..
Untuk kekal berdiri..
Melangkah di 'jalan' ini
Ku tahu, pasti banyak liku yang harus ku lalui
Ombak badai yang harus ku tempuhi..
Mehnah yang perlu ku tangani..
Hampir saja kakiku menginjak denai keputusasaan
Hampir karam di lautan keringat
Jiwaku serasa lelah dan penat..

Namun..tiap kali ku lihat senyummu
Ada ketenangan bertamu..
Ada ingatan akan syurga nan abadi
Sumbu iman yang kian padam..
Bernyala lagi dalam diri..
Buat kesekian kali..
Kalammu menerangi hati
Menyeru taqwa agar terbit dan membias cahaya persis mentari...

Ternyata, perpisahan yang sehabis daya ku hindari
Kini mendekati..
Menghampiri hingga tak daya ku halangi..
Di kala malam begitu pekat
Dan jiwaku dihempap beratnya perpisahan
Hanya doa bisa ku panjat
Moga Allah terus menghidupkan hati ini dgn nyalaan akhirat..
Meski tanpa kau lagi di sisi..
Kerana perjuangan itu hanya keranaNya
Walau di mana saja kita berada..
Bukan kerana manusia.
Bukan kerana siapa-siapa.

Friday, March 27, 2020

Hidup Di Bumi Mu Tuhan

Ku mendonggak ke langit
Melihat betapa birunya awan
Bersisir melakar luas terbentang
Berarak merdu kicauan burung

Hanya sebentar cerah itu bertukar
Berkilas mendung memberi tanda
Kicau unggas bertebrakan di hutan
Menyapa segar bayu ditubuh

Titisan hujan membasahi bumi
Memberi rahmat kepada yang menanti
Menghilang dahaga kepanasan dunia
Menyejuk bumi ketika bahangnya menyala

Bayu malam mendamaikan hati
Kadang menusuk luka menitis air mata
Melakar segala indah dan dukanya hidup
Berlayaran di ruangan minda

Ku menunduk ke tanah
Mengenggam kemas pasir memutih
Berlerai dicelah jemari
Jatuh di tepian pantai dibawa arus

Ku sedar setiap yang wujud
Pasti akan hilang bila tiba masanya
Tidak mampu disekat atau dihalang
Walau digenggam erat tetap akan terlepas

Ku menumpang nafas di bumi Mu sementara
Melepas lelah penat dunia
Mencari harapan dan kebahagiaan hidup
Ketika Tuhan memanggil pulang
Akan ku kembali ke tanah abadi itu

Tuesday, December 3, 2019

Hanya Rindu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Saat ini
Aku hanya ingin kau ada disisi
Mendengar luahan dan menasihati ku
Menjadi bahu untuk aku bersandar
Melepaskan lelah dunia ku yang sarat

Aku ingin saat ini kau ada disisi
Merasa hangatnya dakapan kasih mu
Melihat senyum girang mu
Mengenggam erat tangan mu
Mendengar lunak tutur mu

Oh tuhan ku
Kau hadirkan dia hanya sebentar disisiku
Agar aku dapat melepaskan rindu ini
Bukan aku lupa bahwa keesaan Mu
Tapi aku tak mampu bendung rasa ini

Aku membayangkan masa yang kami luang bersama
Setiap detik kenangan silih berganti
Senda gurau, pelukan kasih dan gelak tawa
Dada ku pecah dengan rasa sebak
Pipi ku basah dengan air hangat
Bibir ku hanya mampu berbisik
Aku rindu mu abi.

Saturday, August 18, 2018

KEHIDUPAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kehidupan
Bermula seperti lembaran kain putih
Disambut dengan azan dan iqamat
Diiringi tawa dan tangis
Dihiasi segala keindahan dan keburukan dunia
Dicorak pelbagai lukisan serta warna

Kehidupan
Sentiasa penuh dengan kejutan yang tak dijangka
Berita gembira yang membuat kita ketawa
Khabar duka yang mampu mengalirkan air mata
Harus tenang dan berlapang dada menerima

Kehidupan
Kadang dugaan yang hadir tidak mampu diharungi
Tapi Dia mengetahui setiap kemampuan ciptaan-Nya
Harus yakin dengan setiap takdir yang Dia tetapkan

Kehidupan
Manusia harus kuat, cekal dan tabah
Manusia jangan mudah tersasar kerana keseronokan dunia
Manusia jangan leka dan hanyut dalam kerlipan neon
Manusia jangan merasa diri terlalu agung 
Manusia ingatlah bahawa jasad dan nyawa hanya pinjaman

Kehidupan
Semua itu rencah yang harus diharungi
Berpegang pada iman dan taqwa
Agar hidup sentiasa tenang 
Dan berlapang dada dalam apa jua yang Dia kirimkan


-- AsniahAbdullah --
-- 18-08-18 --
-- 12.57am --

Monday, August 13, 2018

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Pernah baca tak petikan ni,

"Kalau sesuatu barang itu rosak, kita betulkan bukan buang dan cari baru. Begitu juga dengan sebuah hubungan, kalau hubungan kita ada masalah, kita cuba baiki dan perbetulkan jangan kita biarkan hubungan itu retak dan cari pengganti yang baru."

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin yang tidak. Dalam membina sebuah hubungan pasti akan hadir pelbagai dugaan dan ujian dari Dia untuk melihat sejauh mana hamba-Nya mampu bertahan dan merintih pada Dia.

Sebagai hamba-Nya bila diberi ujian, sentiasa bersyukur. Sebab apa kene bersyukur? Kerana Dia sayang pada kita dan kita masih diberi nyawa untuk merasa pahitnya ujian tersebut. Andai Dia tidak sayang pada kita, sudah pasti kita tidak mampu menatap wajah kesayangan kita pada hari esok. Betul tak?

Berbalik pada kata-kata di atas, untuk menjaga sebuah hubungan terutama dalam kontek Hablul Minal Nass (Hubungan sesama manusia), sebagai manusia kadang-kadang kita ada ego tersendiri, keras kepala, keras hati, perangai yang boleh menyakitkan hati orang disekeliling kita tanpa sedar, semua itu mampu membuka kepincangan dalam sebuah perhubungan.  

Untuk mengelak perkara seperti itu berlaku, sentiasa muhasabah dan renung diri, sebelum tidur muhasabah diri "hari ini aku ada sakitkan hati sesiapa tak?"... Jangan dibiar perkara yang boleh melukakan hati itu terlalu lama kerana ia boleh menjadi amarah/dendam. Kalau ada maafkan sebelum tidur kerana kita tak tahu esok kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan mereka lagi atau tidak. Bagi hubungan yang sangat rapat dengan kita, orang sekarang kata "Throwback @ Baling Belakang" bagaimana detik pertemuan dan suka duka yang kita lalui bersama dengan mereka. Betapa sukarnya untuk mengekal sesebuah hubungan (Persahabatan/Perkahwinan) kerana ia memerlukan masa dan usaha. Jangan kita biarkan usaha yang dibuat selama tempoh persahabatan atau perkahwinan itu berderai macam gelas yang jatuh ke lantai dan tidak boleh lagi digam atau dibaiki. Andai kita menghulur kata maaf terlebih dahulu tiada rugi, kerana orang yang pemaaf itu sangat hebat.

Bagi yang sudah kahwin, sebelum tidur jangan lupa minta maaf dengan pasangan sebab kadang-kadang bila seharian kita penat bekerja secara tak sedar ada tingkah dan tutur yang diluar kawalan boleh mengguris hati pasangan. Kadang-kadang bila perkara sekecil-kecil kuman terjadi kita memang tak sedar, sebab kuman mana nampak dengan mata kasar tapi kuman mampu menyebabkan kudis dan merebak keseluruhan badan, masa itu baru kita sedar dan masa itu sudah terlambat. Begitu juga kesilapan, sentiasa minta maaf supaya  perselisihan faham dan pertelingkahan yang kecil dapat dibetulkan segera agar tidak mampu mengoyahkan hubungan. 

Orang yang menghulur maaf itu sangat hebat dan orang yang menerima maaf itu sangat disayangi Allah.

Keep strong Ya Nisa'.. Allaha Ma'ana..

Thursday, August 4, 2016

Persembahkan Yang Paling Sempurna di Hadapan Allah


Kita banyak berpura pura. Di hadapan manusia, kita berusaha kelihatan baik. Di hadapan manusia kita berusaha untuk kelihatam alim, soleh/solehah, konon kitalah yang paling dekat dengan tuhan. Tetapi semuanya tipu belaka. Di belakang manusia, kita futur. Di belakang manusia, kita banyak buat maksiat, kita tinggal solat, ikhtilat kita kelaut, layan lelaki tu, layan perempan ni dan sebab manusia tak nampak semua tu, sebab tu kita buat.

Dan kita tahu Allah sedang melihat kepura puraan kita. Kenapa di hadapan manusia kita berusaha tunjuk kesempurnaan kita, kita berusaha menonjolkan kesolehan kita tetapi di hadapan Allah diri kita adalah sebaliknya?

Kita mengharapkan manusia memuji kita.Kita mengharapkan manusia menyanjung kita. Kita ingin manusia memandang kita baik, soleh,solehah. Itu pada pandangan manusia. Bagaimana dengan pandangan Allah? Kenapa kita terlalu mengejar pandangan manusia?

24 jam boleh online post islamik sana sini, tetapi masa kita dengan Allah hancur! Zero! "Weh, aku tengok kau kat media sosial bukan main lagi. Dakwah sana sini. Bagus dah tu. Tapi dunia realiti aku tengok kau tak buat satu apa pun." Kita post dakwah mengajak manusia kepada kebaikan tetapi di dunia nyata kita kita tak buat pun semua tu. Satu pun takde. Cuma sembang kencang.

Hakikatnya, terlalu banyak aib kita ditutup oleh Allah swt. Jika disingkap satu per satu, percayalah, tiada lagi pujian yang akan kita perolehi dari manusia.

Tidak salah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Cuma sayangnya bila kita tersalah pasang niat. Tajdid kembali niat. Jika sekadar ingin meraih kepujian, likes, tolong buang niat seperti itu. Niatlah kerana Allah. Dan apa yang kita sampaikan, selarikanlah dalam kehidupan seharian kita. Jika tak mampu buat semua, sedikit sedikit pun tak mengapa.

Awak, jika hidup semata untuk dipuji oleh manusia, percayalah, ia takkan pernah habis. Kita sentiasa akan dahagakan lagi pujian, pujan dan pujian.

Tinggalkan pengharapan pada pujian manusia,
Persembahkan yang paling sempurna di hadapan Allah. ❤ :)

#copypastefrombingkisanhati

Tuesday, June 7, 2016

Aku

Bila jiwa rasa resah,
Ambil nafas dan senyum,
Pasti ada yang indah,
Kita insan takdir pada Nya.

Sekuat hati pada Dia,
Menerima takdir hidup dengan redha,
Melepaskan "kenangan"
Agar yang lebih baik akan hadir.

Setabah diri yang kosong,
Kadang tertitis jua manik jernih
Menahan rasa hati yang terluka
Tapi dugaan hidup ini
Tidak sehebat insan yang lagi dalam lukanya.

Segagah jasad cuba bertahan
Menanti kesetiaan dan kasih yang diharap
Tapi yang hadir hanya mimpi kosong
Lebih baik menerima takdir dari meratapi.

Walaupun gengamannya kuat,
kalau bukan milik kita,
Akan terlepas jua.
Takde yang lebih baik,
Takde yang lebih indah selain keredhaanNya...

Tuesday, November 18, 2014

Cipta-Nya Yang Indah

Ketika aku melangkah, mata ku terarah ke langit, melihat betapa cantiknya awam membiru.

Hati ku terdetik, begitu sempurna percaturan Dia untuk setiap ciptaan-Nya.

Lalu aku memandang ke hadapan, aku melihat sekumpulan anak kecil yang sedang bersuka ria.

Hati ku berkata, nikmatilah dunia kanak-kanak mu wahai adik bersama rakan seperjuangan mu dengan ketawa riang. Keriangan itu mengingatkan ku kenangan silam ku bersama adik-adik ku. Kami membesar di kawasan perkampungan yang indah pada hati ku.

Tiba-tiba telinga ku terdengar kicauan burung di pohon itu, sepasang burung tiung bertenggek melepas lelah. Fikir ku mungkin penat seharian keluar mencari rezeki dan ingin kembali ke sarangnya.


Ketika aku menyusuri tepian pantai, kaki ku disapa buih ombak yang memutih, terasa dingin.

Aku melihat ke lautan lepas, warna biru kehijauan menjadi tatapan mata ku. Betapa besarnya kuasa Dia mencipta seluas lautan sehingga mampu menenggelamkan segala isi bumi.

Aku terfikir ke mana penghujungnya lautan ini, namun ia tidak mampu terjawab kerana semua itu tersimpan dalam kekuasaan Dia.

Aku hanya makhluk yang diciptakan olehNya untuk menyeru kepada kebaikan dan menjaga hubungan ku, HablulminAllah wan Hablulminannas...

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, "...