Thursday, August 4, 2016

Persembahkan Yang Paling Sempurna di Hadapan Allah


Kita banyak berpura pura. Di hadapan manusia, kita berusaha kelihatan baik. Di hadapan manusia kita berusaha untuk kelihatam alim, soleh/solehah, konon kitalah yang paling dekat dengan tuhan. Tetapi semuanya tipu belaka. Di belakang manusia, kita futur. Di belakang manusia, kita banyak buat maksiat, kita tinggal solat, ikhtilat kita kelaut, layan lelaki tu, layan perempan ni dan sebab manusia tak nampak semua tu, sebab tu kita buat.

Dan kita tahu Allah sedang melihat kepura puraan kita. Kenapa di hadapan manusia kita berusaha tunjuk kesempurnaan kita, kita berusaha menonjolkan kesolehan kita tetapi di hadapan Allah diri kita adalah sebaliknya?

Kita mengharapkan manusia memuji kita.Kita mengharapkan manusia menyanjung kita. Kita ingin manusia memandang kita baik, soleh,solehah. Itu pada pandangan manusia. Bagaimana dengan pandangan Allah? Kenapa kita terlalu mengejar pandangan manusia?

24 jam boleh online post islamik sana sini, tetapi masa kita dengan Allah hancur! Zero! "Weh, aku tengok kau kat media sosial bukan main lagi. Dakwah sana sini. Bagus dah tu. Tapi dunia realiti aku tengok kau tak buat satu apa pun." Kita post dakwah mengajak manusia kepada kebaikan tetapi di dunia nyata kita kita tak buat pun semua tu. Satu pun takde. Cuma sembang kencang.

Hakikatnya, terlalu banyak aib kita ditutup oleh Allah swt. Jika disingkap satu per satu, percayalah, tiada lagi pujian yang akan kita perolehi dari manusia.

Tidak salah untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Cuma sayangnya bila kita tersalah pasang niat. Tajdid kembali niat. Jika sekadar ingin meraih kepujian, likes, tolong buang niat seperti itu. Niatlah kerana Allah. Dan apa yang kita sampaikan, selarikanlah dalam kehidupan seharian kita. Jika tak mampu buat semua, sedikit sedikit pun tak mengapa.

Awak, jika hidup semata untuk dipuji oleh manusia, percayalah, ia takkan pernah habis. Kita sentiasa akan dahagakan lagi pujian, pujan dan pujian.

Tinggalkan pengharapan pada pujian manusia,
Persembahkan yang paling sempurna di hadapan Allah. ❤ :)

#copypastefrombingkisanhati

Tuesday, June 7, 2016

Aku

Bila jiwa rasa resah,
Ambil nafas dan senyum,
Pasti ada yang indah,
Kita insan takdir pada Nya.

Sekuat hati pada Dia,
Menerima takdir hidup dengan redha,
Melepaskan "kenangan"
Agar yang lebih baik akan hadir.

Setabah diri yang kosong,
Kadang tertitis jua manik jernih
Menahan rasa hati yang terluka
Tapi dugaan hidup ini
Tidak sehebat insan yang lagi dalam lukanya.

Segagah jasad cuba bertahan
Menanti kesetiaan dan kasih yang diharap
Tapi yang hadir hanya mimpi kosong
Lebih baik menerima takdir dari meratapi.

Walaupun gengamannya kuat,
kalau bukan milik kita,
Akan terlepas jua.
Takde yang lebih baik,
Takde yang lebih indah selain keredhaanNya...

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, "...