Friday, September 26, 2014

Warna Kehidupan


Hidup ini bermula dengan lembaran putih
Suci, yang padanya adalah permulaan kehidupan
Kita perlu mewarnai dengan hati yang cekal
Dan ia akan tetap putih
Sehingga kita yang mencorakkan sendiri

Hidup ini merah
Harus ada keberanian
Dalam membuat apa sahaja keputusan
Mesti tegar menongkah dugaan dan cobaan
Yang diberi oleh-Nya kepada kita
Kerana ujian itu penguat untuk kita terus melangkah

Hidup ini hijau
Ada ketenangan
Ada kedamaian
Ada keamanan
Kita perlu bersandar dan membuka mata lebih luas
Lihatlah dan rasailah,
Seperti alam yang sedang bersandar pada tangan Pencipta

Hidup ini biru
Dongakkan wajahmu, kau akan lihat langit
Tundukkan wajahmu, kau akan lihat air
Dua elemen penting dalam hidup
Penyumbang ketenangan yang tunduk pada sang Pencipta

Hidup ini kuning
Imaginasi adalah kuncinya
Kita mampu melihat keceriaan dibaliknya
Memberi nafas lepas kedukaan
Menjalin harapan penuh semangat
Memetik cita-cita dengan penuh keazaman
Sambil menguntum senyum, bukan air mata

Hidup ini kelabu
Bila kita tidak mampu memilih dan memutuskan
Ia akan tampak tidak gelap, tidak terang
Membingungkan, mengelirukan, memeningkan
Perlu pendirian yang kukuh tanpa goyah
Melihat masa hadapan dalam mencari kata putusnya

Hidup ini merah jambu
Cinta! lima huruf ini…
Membawa angan-angan kepada sebuah impian
Merasai kasih sayang tanpa batasan hati
Mendendangkan irama dengan rentak yang asyik
Kadang kala,
Kelukaan menikam perhubungan
Awan berarak dengan saratnya air
Malam tidak ditemani bintang yang bergemerlapan
Tapi itulah gabungan putih dan merah.


Hitam akan muncul bila kita tersalah langkah
Sekali melangkah akan memberi pengajaran
Berpatah balik tanpa toleh ke belakang
Dan berjanji akan memastikan
Hitam tidak akan kembali lagi

Hidup ini WARNA
Tapi bukan pelangi,
Tidak selalu indah yang muncul selepas hujan
Tidak seindah bayangan yang dikhabarkan
Tidak semanis kata-kata yang diluahkan
Tidak sepahit hempedu yang ditelan
Tidak semudah yang direncanakan
Tidak seteguh yang disandarkan
Tidak!!!

Hidup ini pilihan warna
Ada ratusan bahkan ribuan contengan
Dan ada cerita yang berbeza dalam setiap contengannya
Harmoni dan melodi yang berbeza
Menjadi satu tema warna kehidupan

Hidup itu WARNA
Dan dirimu adalah pelukisnya...

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, ...