Tuesday, November 18, 2014

Cipta-Nya Yang Indah

Ketika aku melangkah, mata ku terarah ke langit, melihat betapa cantiknya awam membiru.

Hati ku terdetik, begitu sempurna percaturan Dia untuk setiap ciptaan-Nya.

Lalu aku memandang ke hadapan, aku melihat sekumpulan anak kecil yang sedang bersuka ria.

Hati ku berkata, nikmatilah dunia kanak-kanak mu wahai adik bersama rakan seperjuangan mu dengan ketawa riang. Keriangan itu mengingatkan ku kenangan silam ku bersama adik-adik ku. Kami membesar di kawasan perkampungan yang indah pada hati ku.

Tiba-tiba telinga ku terdengar kicauan burung di pohon itu, sepasang burung tiung bertenggek melepas lelah. Fikir ku mungkin penat seharian keluar mencari rezeki dan ingin kembali ke sarangnya.


Ketika aku menyusuri tepian pantai, kaki ku disapa buih ombak yang memutih, terasa dingin.

Aku melihat ke lautan lepas, warna biru kehijauan menjadi tatapan mata ku. Betapa besarnya kuasa Dia mencipta seluas lautan sehingga mampu menenggelamkan segala isi bumi.

Aku terfikir ke mana penghujungnya lautan ini, namun ia tidak mampu terjawab kerana semua itu tersimpan dalam kekuasaan Dia.

Aku hanya makhluk yang diciptakan olehNya untuk menyeru kepada kebaikan dan menjaga hubungan ku, HablulminAllah wan Hablulminannas...

No comments:

Post a Comment

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, ...