بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Pernah
baca tak petikan ni,
"Kalau sesuatu
barang itu rosak, kita betulkan bukan buang dan cari baru. Begitu juga dengan
sebuah hubungan, kalau hubungan kita ada masalah, kita cuba baiki dan
perbetulkan jangan kita biarkan hubungan itu retak dan cari pengganti yang
baru."
Mungkin ada yang pernah
dengar dan mungkin yang tidak. Dalam membina sebuah hubungan pasti akan hadir
pelbagai dugaan dan ujian dari Dia untuk melihat sejauh mana hamba-Nya mampu
bertahan dan merintih pada Dia.
Sebagai hamba-Nya bila diberi ujian, sentiasa bersyukur. Sebab apa kene bersyukur? Kerana Dia sayang pada kita dan kita masih diberi nyawa untuk merasa pahitnya ujian tersebut. Andai Dia tidak sayang pada kita, sudah pasti kita tidak mampu menatap wajah kesayangan kita pada hari esok. Betul tak?
Berbalik pada kata-kata di atas, untuk menjaga sebuah hubungan terutama dalam kontek Hablul Minal Nass (Hubungan sesama manusia), sebagai manusia kadang-kadang kita ada ego tersendiri, keras kepala, keras hati, perangai yang boleh menyakitkan hati orang disekeliling kita tanpa sedar, semua itu mampu membuka kepincangan dalam sebuah perhubungan.
Untuk mengelak perkara seperti itu berlaku, sentiasa muhasabah dan renung diri, sebelum tidur muhasabah diri "hari ini aku ada sakitkan hati sesiapa tak?"... Jangan dibiar perkara yang boleh melukakan hati itu terlalu lama kerana ia boleh menjadi amarah/dendam. Kalau ada maafkan sebelum tidur kerana kita tak tahu esok kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan mereka lagi atau tidak. Bagi hubungan yang sangat rapat dengan kita, orang sekarang kata "Throwback @ Baling Belakang" bagaimana detik pertemuan dan suka duka yang kita lalui bersama dengan mereka. Betapa sukarnya untuk mengekal sesebuah hubungan (Persahabatan/Perkahwinan) kerana ia memerlukan masa dan usaha. Jangan kita biarkan usaha yang dibuat selama tempoh persahabatan atau perkahwinan itu berderai macam gelas yang jatuh ke lantai dan tidak boleh lagi digam atau dibaiki. Andai kita menghulur kata maaf terlebih dahulu tiada rugi, kerana orang yang pemaaf itu sangat hebat.
Bagi yang sudah kahwin, sebelum tidur jangan lupa minta maaf dengan pasangan sebab kadang-kadang bila seharian kita penat bekerja secara tak sedar ada tingkah dan tutur yang diluar kawalan boleh mengguris hati pasangan. Kadang-kadang bila perkara sekecil-kecil kuman terjadi kita memang tak sedar, sebab kuman mana nampak dengan mata kasar tapi kuman mampu menyebabkan kudis dan merebak keseluruhan badan, masa itu baru kita sedar dan masa itu sudah terlambat. Begitu juga kesilapan, sentiasa minta maaf supaya perselisihan faham dan pertelingkahan yang kecil dapat dibetulkan segera agar tidak mampu mengoyahkan hubungan.
Orang yang menghulur maaf itu sangat hebat dan orang yang menerima maaf itu sangat disayangi Allah.
Keep strong Ya Nisa'..
Allaha Ma'ana..