Saturday, August 18, 2018

KEHIDUPAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kehidupan
Bermula seperti lembaran kain putih
Disambut dengan azan dan iqamat
Diiringi tawa dan tangis
Dihiasi segala keindahan dan keburukan dunia
Dicorak pelbagai lukisan serta warna

Kehidupan
Sentiasa penuh dengan kejutan yang tak dijangka
Berita gembira yang membuat kita ketawa
Khabar duka yang mampu mengalirkan air mata
Harus tenang dan berlapang dada menerima

Kehidupan
Kadang dugaan yang hadir tidak mampu diharungi
Tapi Dia mengetahui setiap kemampuan ciptaan-Nya
Harus yakin dengan setiap takdir yang Dia tetapkan

Kehidupan
Manusia harus kuat, cekal dan tabah
Manusia jangan mudah tersasar kerana keseronokan dunia
Manusia jangan leka dan hanyut dalam kerlipan neon
Manusia jangan merasa diri terlalu agung 
Manusia ingatlah bahawa jasad dan nyawa hanya pinjaman

Kehidupan
Semua itu rencah yang harus diharungi
Berpegang pada iman dan taqwa
Agar hidup sentiasa tenang 
Dan berlapang dada dalam apa jua yang Dia kirimkan


-- AsniahAbdullah --
-- 18-08-18 --
-- 12.57am --

No comments:

Post a Comment

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, "...