Showing posts with label Song. Show all posts
Showing posts with label Song. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

~Istikharah~



ISTIKHARAH

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Dah lama as tak update blog nie...Hurmm xde masa la..Bekerja dan terkejar2 dengan dateline...Begini la hidup as sejak menjejakkan kaki di BERNAMA dan bekerja sebagai wartawan nie...

Sebenarnya..as post lagu diatas,ada cerita disebaliknya...as sedang menunggu jawapan istikharah dari seseorang..Semoga jawapannya adalah yang terbaik untuk kehidupan as..

~~Ya Rahman,seandainya dia yg terbaik buatku..kau bukakanlah ruang ht ku utk menerimanya...namun seandainya dia bukan utk ku maka kau lapangkanlah hati kami utk menerima takdir Mu..ssghnya petunjuk dr-Mu adalah yg terbaik buat ku...amin ya ar hamma rahimin...~

Wednesday, October 26, 2011

Istikarah Cinta

Dah lama as tak update blog,kan..Hurmm..Busy la...Blek keje da lambat then penat plak tue..So takde la nak memikir utk mengarang dan menambah entry blog.. Semalam as terbaca satu status kawan fb, dia post lagu Isthikarah Cinta.. As suka lirik dia..n tue memang salah satu lagu yg menjadi simpanan dlm ipod as..

Andai kita hendak memilih pasangan hidup kene pilih betul-betul.. Carilah seorang suami yang boleh membimbing kita, mampu menjadi imam pada diri kita dan anak-anak kita nanti, menghormati kedua-dua ibubapa kita,bijak menguruskan keluarga mean ringan tulang membantu kita dalam menguruskan rumahtangga...Bagi as, kalau pun dia suami kita tapi ibubapa dia mesti kene utamakan sebab tanpa ibubapanya kita tidak akan dapat berjumpa dengan dirinya... Andai dia lupa pada kedua-dua orang tua nya as akan ingatkan... as tak nak nanti dia terlalu terleka dengan family sampai lupa ibubapanya..Dan as tak sanggup nak jadikan suami as seorang anak yang lupa pada ibubapanya... So as akan cari seorang suami yang tahu tanggungjawab pada keluarganya (pada ibubapanya dan diri as)....

Jadilah seorang isteri yang pandai menjaga hati suami dan ahli keluarganya.. Mungkin pada awalnya memang susah tapi kita kene berusaha untuk mencapai sebuah kebahagiaan keluarga.. Macam mana ibubapa kita lalui dahulu kita pun kene hadapinya.. Pandai-pandailah membawa dan memasukkan diri dengan "keluarga baru"...

Dan apapun yang terjadi hendak sentiasa berada di sisi orang yang terima diri kita seadanya itu... Jika dia boleh menerima kelemahan diri kita kenape kita tidak boleh terima kelemahan dirinya.. Kita hidup bersama untuk menutupi dan melengkapi kelemahan pasangan so jangan cepat mengeluh seandainya dia tidak memenuhi kehendak kita..Allah jadikan pasangan yang kurang pada kita supaya kita dapat belajar dari kekurangan tersebut.. Andai DIA memberi yang sempurna pada kita maka tak perlu lagi kita nak harungi cabaran kehidupan ini... as tinggal dua buah lagu untuk korang..Selamat Mendengar...And Hayati liriknya...


Saturday, September 24, 2011

Berdua Bersatu!


SELAMAT MENDENGAR..

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Friday, September 2, 2011

Pelengkap Hidupku



teringat janji lamamu kepadaku
teringat aku teringat
teringat saat kau masih ada di sini
temani ku sepanjang hari..

bila kau pergi jauh ingatlah aku
bila ku di sampingmu peluk tubuhku
bila kau rindu aku panggil namaku
ku datang menemuimu..

peluk erat jasadku jangan lepaskan
tetaplah kau di sini arungi malam
karna hanya dirimu belahan jiwa
pelengkap ku di dunia..

Monday, June 27, 2011

Ya Allah Dugaan Mu~~Segenggam Tabah~~

Untuk ketika ini Has amat memerlukan "SEGENGGAM TABAH"

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

Saturday, June 25, 2011

Hati Resah, Ubatnya adalah ZIKRULLAH

Holalalalaaaaaa.. Hehehehe.. Tajuk islamic tapi intro tak islamic,kan..kene la bagi salam dulu,kan??? Ok la korang "Assalamualaikum"... dan "Bismillahirahmanirahim".. Bila kita nak mulakan kerja kita kene mulakan dgn lafaz basmallah.. Smoga dgn lafaz itu setiap langkah dan perbuatan kita mendapat berkat dan berjalan lancar...


Wahai pembaca semua, Has nak berkongsi dgn korg semua tentang terapi zikir... Dalam kehidupan, kita sering berdepan dgn pelbagai cabaran dan dugaan yang diuji serta dikirimkan oleh-NYA pd kita untuk melihat sejauh mana diri kita mampu bertahan dlm kehidupan duniawi ini sehingga ada ketikanya ujian dan cabaran itu memberi keresahan pada hati dan jiwa kita. Oleh itu, Has nak sarankan pada anda semua apabila kita ditimpa musibah, dugaan atau ujian dari sang pencipta sentiasalah mengamalkan dan membasahkan bibir dengan zikirullah kerana ia umpama terapi ajaib yang paling mujarab bagi melapang serta menenangkan keresahan jiwa dan hati kita..

Mungkin bagi kita untuk ucapkan zikir susah sbb mulut dh terbiasa meluahkan kata2 keramat...hehehe.. Maksud Has dgn istilah kata2 keramat tue adalah "CEPAT MELATAH dan SUMPAH SERANAH"..Betul tak... tak pun.....Hurmmmm korg nilai la sendiri apa yg korg ckp bila korg ditimpa musibah dan ujian...

Oleh itu, mereka yang sentiasa berzikir akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Ini janji Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta orang perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, ayat 35)

Walaupun zikir amalan yang mudah dan "cliche" dilakukan, tetapi menjadi berat bagi korg yang tak dibiasakan.... Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan....


Selamat beramal wahai pembaca..Semoga hati kita yang resah dan gundah ini menjadi tenang dengan terapi zikirullah ini...

Wednesday, March 9, 2011

Selamat Berjuang Sahabat



Selamat Berjuang


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Selamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan

Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya

Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo


Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, ...