Monday, July 8, 2013

Sepanjang Hidup

 ...بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tak mencoret sesuatu di entry blog nie.. Bukan malas tapi tiada masa.. Ke hulu ke hilir mengejar apa yang dinamakan tuntutan hidup.. Kadang2 hati kecil juga berbisik dan bermonolog sendirian, "Sampai bila aku harus begini.." Tapi akal menyatakan selagi kudratku masih bertahan selagi itu aku akan mengorat langkah menuju ke sebuah kehidupan... Mungkin ada yang faham dan mungkin ada yang tidak faham hidup seorang muslimah yang memegang title seperti aku. Tapi hanya mampu tersenyum bila orang di sekeliling bertanya sampai bila harus begini dan begitu... Senyum itu cukup bagiku menjelaskan apa yang mereka fikirkan...

Sepanjang hidup kita semua mencari sesuatu tanpa henti dan rasa penat.. Tapi kita harus sedar adakah pencarian itu yang memberi kita rasa bahagia dan tenang dalam hidup.. Mungkin ada yang menjawab YA aku bahagia.. Sedarkah kita setakat mana bahagia dan tenang itu hadir dalam hidup ini.. Mungkin datangnya hanya sejenak memberi senyuman.. Esok lusa akan hadir pula rasa yang membuat kita rasa tidak cukup hanya ini sahaja, aku perlukan lebih, lebih dan lebih lagi.. Perasaan tamak itu akan membawa kepada sifat yang menjadikan kita lupa siapa diri kita dan kepada siapa patut kita bersyukur.. Maka, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dalam hidup setakat yang mampu...







Sunday, December 2, 2012

Kesempurnaan Yang Dicari

Andai kesempurnaan yang dicari dalam hidup.. Mungkin sukar untuk mendapat apa yang dikatakan kesempurnaan.. Kita mahu apa yang kita inginkan sempurna.. Tapi sedarkah kita yang diri kita ini begitu sempurna untuk mendapat yang kesempurnaan itu.. 

Aku tidak sempurna... Diri mu tidak sempurna... Ketidaksempurnaan kita itu menjadi pelengkap kepada sebuah kehidupan yang akan kita lalui nanti.. Kita akan saling melengkapi untuk menjadi lebih baik, meskipun hanya untuk kita berdua sahaja..

Kita tahu hanya Allah Yang Maha Sempurna dalam kehidupan ini... Dan hanya Dia yang berhak menilai setiap kesempurnaan makhluknya...




Saturday, October 27, 2012

Ya Allah Permudahkan Urusan Hidup Ku

...بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai Diri...
Kau layak untuk menerima kebahagiaan
Kau mampu bangkit menentang kejahilan manusia
Kau mampu berdiri atas usaha mu sendiri
Kau hadapi langkah mu dengan berani
Kau tempuhi kegetiran dengan tenang
Kau tutupi kelemahan mu dengan ilmu
Kau hindari fitnah dunia dengan kekuatan hati
Kau jalani keindahan hidup dengan senyuman
Kau hempas kudrat mu dengan gagah
Kau lapang hati mu dengan air mata
Kau cium harum dunia dengan waspada
Kau pijak bumi dengan langkah yang berhati-hati
Kau usik hati mu dengan kesusahan insan lain
Kau tabah menghadapi usik dusta manusia

Wahai Diri...
Biar insan menghina mu dengan kata yang pedih
Aku tahu mana letaknya kekuatan mu..

Wahai Diri...
Andai ada yang cuba mengkhianati kepercayaan mu
Kau harus yakin Allah sentiasa bersama mu...

Wahai Diri..
Andai ada yang ingin menyentuh hati mu
Kau yakini bahawa ada insan yang layak untuk mu...

Wahai Diri...
Jika ada insan ingin menerima kekurangan mu
Kau bersyukur padaNya andai itu jodoh mu...

Wahai Diri..
Jika kau kalah di medan dunia sementara
Kau berjuanglah untuk terus kuat menongkah perjalanan mu...

Wahai Diri...
Kau harus yakin pada keyakinan, kekuatan, kegigihan
Ketabahan dan keinginan mu
Kau harus menjaga akhlak mu
Kau harus menjadi seorang wanita yang solehah...

Ya Allah Permudahkan Urusan Perjalanan Hidup Ku...

Sunday, August 19, 2012

Indahnya Ramadan

...بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadan..
Bulan yang dinanti seluruh umat Islam
Bukan kerana menunggu Aidilfitri selepas sebulan
Tetapi menunggu peluang
Merebut barakah yang ada dalam lipatan rahmah mu
Mengejar pahala yang dijanjikan oleh-NYA
Menuntun kesabaran dan kekuatan hati
dalam melakukan ibadah puasa..

Ramadan
Kau tinggalkan kami dengan begitu pantas sekali..
Kami menuntut setiap malam mengejar fadhilat mu
Berusaha mencari malam seribu malam
Lailatul qadar...
Menghimpun sebanyak mungkin doa dan amal ibadah
Meninggalkan lena agar bertemu dengan malam yang dicari seluruh umat
Semoga umat muhammad yang tawadu' dalam mengejar amal ibadat
Dapat bertemu dengan malam tersebut....


P/S:Maaf entry ini lambat ditulis...kekangan masa yang menjadi penghalang...

Tuesday, July 24, 2012

Setitik Ilmu-Sejuta Makna

 ...بسم الله الرحمن الرحيم




Jumaat lepas as dan Rani (my best friends aka Dj Selangor FM) keluar dating lepas mak cik tue, 2 week bergelar isteri orang..(opss sori la Puan Siti Rohani, i dah bocorkan status tue..hehehe..).. Lepas as, Rani dan Madi (husband si Rani) lunch kt area Pantai Dalam, ktorg berdua merewang ke mid valley sementara kaum adam menunaikan solat jumaat..hehehe..Biasa la hari jumaat org lelaki pegi masjid org perempuan penuhkan shopping complex cuci mata and cuci wallet too..hehehe..Betul tak wahai kaum hawa sekalian yang mempunyai duit sendiri...(sila angguk2 dan angkat tangan jika benar)...

Sebenarnya nak citer pasal buku di atas tue..Tak mau bengkok-bengkok dah..Penat..Straight forward udah..kekeke..(teringat adik bongsu as ckp "kak tulis gelak ~kekekeke~ mcm orang tua takdak gigi ketawa..hahaha..apa2 la wahai adik...) Tengok belok-belok lagi..Aduhaiiii...

Ok, as kalu pegi Mid Valley taksah  tak masuk MPH BookStore (bukan nak promote mph oke tp nak promote bahan bacaan yang as cari untuk dikongsi bersama)..Dua buah buku tersebut berjaya menarik hati as untuk dibeli kali nie..Tau la kenapa..Mungkin illlustrasi dan sinopsisnya terlalu menarik untuk dijadikan santapan minda ketika masa senggang dan sebelum mata ditutup setiap hari.. Dah jadi kebiasaan as sebelum tido membaca sesuatu walauapapun bahannya...

Kat sini as postkan sinopsis kedua2 buah buku tersebut...Harganya tidak la terlalu mahal berbanding isi yang bernilai dan memberi manfaat kepada kita semua..Selamat mencari dan membaca buku tersebut...

~DOSA MENYEKAT PINTU JODOH DAN CARA MEMBUKANYA~

“Sudah bermacam usaha telah aku lakukan, bermula dari facial, manicure, pedicure, bahkan mandi bunga pun sudah. Namun masih belum ada juga yang berkenan. Bahkan, musim rambutan sudah berganti dengan musim durian. Aku masih solo, rakan sebaya semuanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Tetapi mengapa jodoh itu tidak kunjung tiba kepada ku? Apakah ada salah denganku? Adakah ada sumpahan di dalam diriku? Apakah memang sudah tidak ada jodoh bagiku? Kalau beginilah, aku pasrah saja dengan kehendak Tuhan.”

 Usah berputus asa dan berfikiran pesimis begitu.

Jika memang jodoh belum tiba, padahal niat di hati sudah menggebu, pasti ada yang tidak kena dengan diri anda. Allah pasti sedang menguji anda kerana perbuatan anda sendiri. Dan perkara tersebut pasti berkait dengan dosa-dosa yang selama ini anda lakukan.

Apakah dosa-dosa itu?

Buku ini akan membantu anda untuk mengetahui apakah dosa-dosa yang dapat menyekat jodoh anda. Malah buku ini juga menyertakan cara membuka jalan agar jodoh segera sampai. Malah tidak perlu dan jangan mencari bomoh atau dukun untuk membuka pintu jodoh anda. Kerana ia boleh menjuruskan kepada syirik. Dengan mempelajari dan mempraktikkan isi daripada buku ini dan dengan doa yang dipanjatkan kepada Allah, insya Allah carilah jodoh anda dan mungkin juga dia akan mencari anda.

~ISTIKHARAH CINTA~


Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. 
Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar.
Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, 
sehingga kadangkala terlupa, itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa.

 Istikharah Cinta turut mengupas:
  • Mengenal pasti pilihan berkualiti menurut Islam
  • Tip mengurus, memelihara, dan menyuburkan keserasian cinta
  • Kisah menarik bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu Thalhah
  • Pernikahan luar biasa Muslim bin Umran, saudagar terkaya di Kota
  • Landasan ikhlas menurut Profesor Dr. Yusuf al-Qaradhawi. 
“Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua. Kemudian, puaskan hatiku dengan takdir-Mu itu."

Thursday, June 28, 2012

Pantai dan Ombak


بسم الله الرحمن الرحيم...

Andai ombak membelah pantai,
Biarlah ia menghentam dengan kuat,
Andai hidup dilanda musibah,
Jadikan pantai sebagai teladan,
Semakin dipukul semakin cantik dan bersih tepiannya...


Jadi jika hidup kita dilanda badai,
Seberat mana sekali pun,
pastikan ia menjadi penguat jalan ke hadapan..
Kerana tanpa badai itu,
Kita tidak akan belajar dari kesalahan...
Andai pantai itu tidak pernah dilanda ombak,
Pasti kosong dari sampah dan kotoran,
Maka ia pasti bersih tanpa noda...
Dan disitu tiada celanya,

Mungkin pantai pasti berkata:
Kenapa aku tidak dibadai ombak?
Rasa hidup ku kosong tanpanya
Kerana kami diciptakan bersama dan saling memerlukan...

Thursday, June 7, 2012

Redha Itu Indah

Bermula Dengan Namu Mu Ya Allah....Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum...


Selalu dengar orang cakap Sabar Itu Indah...Tapi bagi as Redha Itu lagi Indah.. Kita harus menerima ketentuan dengan senyuman walaupun sukar kerana ada sinar pelangi di penghujung redha itu nanti...Percaya laa... Dan Redha Itu juga Tabah....Dan ianya bukan menyerah kalah,OK??? 

Bila kita redha secara automatik hati kita akan jadi tenang... Dan perjalanan hidup kita pun gembira tanpa rasa sesal di hati...




Thursday, May 31, 2012

Bingkisan dari Sana

Assalamualaikum...

As nak kongsi pic masa pegi Krabi tgh bulan ari2...Orang belanja kita kene terima..Hehehehehe..tapi pic nie bukan as yang snap tau...Someone yang snap....

Sunrise in that ufuk..Subhanallah...

Langit yang indah tp indah lagi langit di bumi kelahiran ku..

Mula2 mcm nak ukir nama kt atas pantai nie..tp xjadi...just one snap only....

Nice view,kan...

It not me..But the scenery it so awesome...

Monday, May 28, 2012

Words Of Love In Picture

Assalamualaikummmmmmmm Semuaaaaaaaaaaa...

Ehh,Ehhhh!! Lupa la nak baca basmallah dulu.. Ok2... hehehehe..

"Bismillahirahmanirahim..."

Jom kita tengok dan hayati kata2 pada setiap gambar dibawah nie...Enjoy the words and u can interpret the meaning in yourself..





 



Everything Ketentuan-NYA



Allah dah tetapkan setiap ketentuan seseoarang dengan mengikut apa yang DIA rancangkan.. Jika sebuah hubungan diputuskan separuh jalan mungkin ada yang lebih baik untuk kita.. Mungkin ada hikmah yang lebih sempurna untuk kita.. Jika rezeki yang diberikan hanta setakat itu sahaja mungkin DIA nak kita berusaha lebih lagi supaya dapat yang lebih baik dan banyak....

Sentiasalah bersangka baik atas apa setiap yang berlaku... Jangan mudah berputus asa dalam meneruskan kehidupan ini.. Selagi kita mampu berpijak di muka bumi DIA, hendak berusaha dan berdoa pada dia untuk lebih bahagia.. Jangan bila susah jer kita baru nak ingat DIA... Mungkin DIA takkan lupa kita bila senang atau susah tapi kita sentiasa lupa DIA bila kita senang...

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, ...