Showing posts with label Life VS Love. Show all posts
Showing posts with label Life VS Love. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Azam Itu Bererti Niat

...بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum...

Selamat Tahun Baru 2014.. Semoga tahun ini kita menjadi lebih bersemangat untuk memajukan diri dan berusaha menjadi hambaNya yang taat pada setiap perintah serta suruhanNya.. Masih tak terlambat lagi jika As nak kongsikan azam tahun 2014 =》
1) Mahu menjadi anak yang solehah pada mak dan abi saya...
2) Ingin menjadi muslimah yang lebih baik serta hamba-Nya yang taat kepada setiap perintah dan suruhan...

Kata-kata dari saya ::Azam itu bererti niat.. Niat yang baik sentiasa akan dipermudahkan oleh Dia::

Setiap tahun azam kita akan berubah dan kadang-kadang apa yang kita tidak dapat capai pada tahun sebelumnya akan terus dibawa bersama kepada tahun ini.. Usaha itu merupakan sebuah perjalanan, di mana kita akan terus mendapatkannya walaupun susah. Dalam mencapai azam itu, pelbagai rintangan dan cubaan yang akan kita lalui. Biar segentar atau sekuat mana dugaan itu,semangat yang teguh harus ada dalam diri kita supaya apa yang kita azamkan itu terlaksana.. Atau dengan kata lain, istiqamahlah dalam berusaha untuk mencapai azam itu..

Hidup sebagai hamba-Nya kadang-kadang menjadikan saya lalai dengan suruhan-Nya, syariat berpakaian, pergaulan lelaki dan perempuan, adab sebagai seorang muslimah, dan syariat lain yang dituntut dalam islam terhadap seorang wanita islam atau lebih tepat Muslimah. Oleh itu, apabila tersedar dari mimpi yang panjang untuk 2 tahun nie bekerja sebagai media practitioner, sudah cukup rasanya asam garam, manis, tawar dan pelbagai lagi perisa dunia yang telah saya telan sepanjang menjadi wartawan. Bagi mereka yang pernah merasai onak duri dunia media (skop media amat luas yea, ia bukan sahaja hiburan) akan tahu apa itu sebenarnya kehidupan  seorang wartawan. No life with family, friends, weekend orang cuti tapi kami bekerja, raya tanpa keluarga kerana tuntutan kerja, kejar prominence untuk dapatkan maklumat, solat dihujung waktu sebab nak kejar masa dan kadang-kadang terlepas waktu sebab tugasan. Ya Allah, ampunkan hamba ini.. Rasa banyak sangat dosa dan lalai dalam suruhan Mu.. Jadi, tahun 2014 saya berazam untuk lebih dekat dengan Dia dan menjadi hamba-Nya yang taat kepada setiap perintah serta suruhan.. Allahuma Amin.. Sekarang sudah jadi student semula so banyak waktu untuk beribadah.. Mak pesan, "lepas nie kak kena qada' semua solat yang kak tinggal tue.." Baiklah mak..hehehe..

Kenapa jauh sangat menyimpang nie.. Tadi kita bercerita pasal azam kan??.. Owhhhh.. Sebabnya saya berazam hendak menjadi Muslimah yang lebih dekat dengan Dia so terkeluar pula cerita pengalaman selama 2 tahun jadi media practitioner nie..huhuhuhu.. Saya malu dengan diri sendiri, dengan Rab saya dan dengan semua khalifah allah di muka bumi ini kerana kelalaian saya itu.. So lepas nie awak semua dan saya juga jangan lalai dengan tuntutan serta perintah Dia yea..

~Rabbighfirli Warhamni Wajburni Warfa'kni Warzuqni Wahdini Wa'afini Wa'kfu 'anni.~

Maksudnya:
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."



Friday, August 16, 2013

Grab the shine star for my future

Assalamua'alaikum.. Bismillahirahmanirahim..

How to start for this time yea.. Ok, maybe this a short entry but i don't know, perhaps more ideas come when i write this time.. First of all, i was quit my job as reporter at Bernama.. Second, i'll further my study at UKM in Master of Comm Management.. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan saya dalam membuat keputusan hidup.. 

Mungkin bila saat akhir hendak melepaskan pekerjaan itu, macam-macam fikir.. Rasa menyesal pun ada..But once i made the decision, I should go ahead without looking back.. That my word in taking risk make a decision in life.. Rezeki Allah ada di mana-mana. Jangan risau.. As my housemate (K.Zue) said; Masa mula-mula buat keputusan rasa excited sangat, tapi bila sudah dekat dengan apa yang bakal kita lalui rasa menyesal itu akan hadir. Untuk terima yang lebih baik kita kena lepaskan yang kita ada sekarang. 

Alhamdulillah, dalam pejam celik, pejam celik sudah 2 tahun rupanya diri ini menceburi dunia kewartawanan.. When i come to the journalism world, i told to myself that i'll be a journalist for 2 year only. Now it a time to me, to grab my others dreams. Get the master before 29 year. Semoga Allah permudahkan urusan tersebut.. 

"Allahumma Yassir Wala Tu'assir. Rabbi Tammim Bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
Maksudnya: "Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari-hari yang seterusnya serta menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah.. 

Antara doa orang mukmin yang mahukan urusan hidup dipermudahkan oleh-Nya.. Bukan hanya ketika susah saja kita kena ingat DIA untuk berdoa tapi selagi hembusan nafas yang dipinjamkan oleh-Nya kita harus berterus berdoa. 

Sepanjang 2 tahun dalam dunia yang penuh mencabar bagi seorang muslimah untuk bertahan dan berhadapan dengan segala pancaroba dan dugaan, mungkin ada sumbangnya dalam melangkah. Semoga Allah ampunkan kekhilafan tersebut. 

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya (2x)

Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walihaza sirri adu` fi yasari wa a`sari
Ana a`bdun soro faqri inna faqri waddhirori
Inna faqri waddhirori

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walkafani i`lmu robbi
Bil suali wakhtiyari
Ya Ilahi wa maliki
Anta ta`lam kaifa khali (2x)

Astaghfirullah robbal baraya
Astaghfirullah minal khotoya..





Saturday, October 27, 2012

Ya Allah Permudahkan Urusan Hidup Ku

...بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai Diri...
Kau layak untuk menerima kebahagiaan
Kau mampu bangkit menentang kejahilan manusia
Kau mampu berdiri atas usaha mu sendiri
Kau hadapi langkah mu dengan berani
Kau tempuhi kegetiran dengan tenang
Kau tutupi kelemahan mu dengan ilmu
Kau hindari fitnah dunia dengan kekuatan hati
Kau jalani keindahan hidup dengan senyuman
Kau hempas kudrat mu dengan gagah
Kau lapang hati mu dengan air mata
Kau cium harum dunia dengan waspada
Kau pijak bumi dengan langkah yang berhati-hati
Kau usik hati mu dengan kesusahan insan lain
Kau tabah menghadapi usik dusta manusia

Wahai Diri...
Biar insan menghina mu dengan kata yang pedih
Aku tahu mana letaknya kekuatan mu..

Wahai Diri...
Andai ada yang cuba mengkhianati kepercayaan mu
Kau harus yakin Allah sentiasa bersama mu...

Wahai Diri..
Andai ada yang ingin menyentuh hati mu
Kau yakini bahawa ada insan yang layak untuk mu...

Wahai Diri...
Jika ada insan ingin menerima kekurangan mu
Kau bersyukur padaNya andai itu jodoh mu...

Wahai Diri..
Jika kau kalah di medan dunia sementara
Kau berjuanglah untuk terus kuat menongkah perjalanan mu...

Wahai Diri...
Kau harus yakin pada keyakinan, kekuatan, kegigihan
Ketabahan dan keinginan mu
Kau harus menjaga akhlak mu
Kau harus menjadi seorang wanita yang solehah...

Ya Allah Permudahkan Urusan Perjalanan Hidup Ku...

Tuesday, July 24, 2012

Setitik Ilmu-Sejuta Makna

 ...بسم الله الرحمن الرحيم




Jumaat lepas as dan Rani (my best friends aka Dj Selangor FM) keluar dating lepas mak cik tue, 2 week bergelar isteri orang..(opss sori la Puan Siti Rohani, i dah bocorkan status tue..hehehe..).. Lepas as, Rani dan Madi (husband si Rani) lunch kt area Pantai Dalam, ktorg berdua merewang ke mid valley sementara kaum adam menunaikan solat jumaat..hehehe..Biasa la hari jumaat org lelaki pegi masjid org perempuan penuhkan shopping complex cuci mata and cuci wallet too..hehehe..Betul tak wahai kaum hawa sekalian yang mempunyai duit sendiri...(sila angguk2 dan angkat tangan jika benar)...

Sebenarnya nak citer pasal buku di atas tue..Tak mau bengkok-bengkok dah..Penat..Straight forward udah..kekeke..(teringat adik bongsu as ckp "kak tulis gelak ~kekekeke~ mcm orang tua takdak gigi ketawa..hahaha..apa2 la wahai adik...) Tengok belok-belok lagi..Aduhaiiii...

Ok, as kalu pegi Mid Valley taksah  tak masuk MPH BookStore (bukan nak promote mph oke tp nak promote bahan bacaan yang as cari untuk dikongsi bersama)..Dua buah buku tersebut berjaya menarik hati as untuk dibeli kali nie..Tau la kenapa..Mungkin illlustrasi dan sinopsisnya terlalu menarik untuk dijadikan santapan minda ketika masa senggang dan sebelum mata ditutup setiap hari.. Dah jadi kebiasaan as sebelum tido membaca sesuatu walauapapun bahannya...

Kat sini as postkan sinopsis kedua2 buah buku tersebut...Harganya tidak la terlalu mahal berbanding isi yang bernilai dan memberi manfaat kepada kita semua..Selamat mencari dan membaca buku tersebut...

~DOSA MENYEKAT PINTU JODOH DAN CARA MEMBUKANYA~

“Sudah bermacam usaha telah aku lakukan, bermula dari facial, manicure, pedicure, bahkan mandi bunga pun sudah. Namun masih belum ada juga yang berkenan. Bahkan, musim rambutan sudah berganti dengan musim durian. Aku masih solo, rakan sebaya semuanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Tetapi mengapa jodoh itu tidak kunjung tiba kepada ku? Apakah ada salah denganku? Adakah ada sumpahan di dalam diriku? Apakah memang sudah tidak ada jodoh bagiku? Kalau beginilah, aku pasrah saja dengan kehendak Tuhan.”

 Usah berputus asa dan berfikiran pesimis begitu.

Jika memang jodoh belum tiba, padahal niat di hati sudah menggebu, pasti ada yang tidak kena dengan diri anda. Allah pasti sedang menguji anda kerana perbuatan anda sendiri. Dan perkara tersebut pasti berkait dengan dosa-dosa yang selama ini anda lakukan.

Apakah dosa-dosa itu?

Buku ini akan membantu anda untuk mengetahui apakah dosa-dosa yang dapat menyekat jodoh anda. Malah buku ini juga menyertakan cara membuka jalan agar jodoh segera sampai. Malah tidak perlu dan jangan mencari bomoh atau dukun untuk membuka pintu jodoh anda. Kerana ia boleh menjuruskan kepada syirik. Dengan mempelajari dan mempraktikkan isi daripada buku ini dan dengan doa yang dipanjatkan kepada Allah, insya Allah carilah jodoh anda dan mungkin juga dia akan mencari anda.

~ISTIKHARAH CINTA~


Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. 
Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar.
Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, 
sehingga kadangkala terlupa, itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa.

 Istikharah Cinta turut mengupas:
  • Mengenal pasti pilihan berkualiti menurut Islam
  • Tip mengurus, memelihara, dan menyuburkan keserasian cinta
  • Kisah menarik bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu Thalhah
  • Pernikahan luar biasa Muslim bin Umran, saudagar terkaya di Kota
  • Landasan ikhlas menurut Profesor Dr. Yusuf al-Qaradhawi
“Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua. Kemudian, puaskan hatiku dengan takdir-Mu itu."

Thursday, May 31, 2012

Bingkisan dari Sana

Assalamualaikum...

As nak kongsi pic masa pegi Krabi tgh bulan ari2...Orang belanja kita kene terima..Hehehehehe..tapi pic nie bukan as yang snap tau...Someone yang snap....

Sunrise in that ufuk..Subhanallah...

Langit yang indah tp indah lagi langit di bumi kelahiran ku..

Mula2 mcm nak ukir nama kt atas pantai nie..tp xjadi...just one snap only....

Nice view,kan...

It not me..But the scenery it so awesome...

Monday, May 14, 2012

Writing Is My Passion


...بسم الله الرحمن الرحيم 


Dah lama as tak update blog nie,kan..Maaf sgt2 yea, as takde masa and sentiasa sibuk la..Lepas nie blog nie akan sentiasa meriah dengan coretan baru as untuk korang semua.. as akan merajinkan diri untuk mencoret sesuatu untuk kenangan sendiri dan kepada sesiapa yang sudi baca...kekekeke... (Perasan mcm ada org follow jer blog nie,kan...) But i love writing...

Satu hari, as takde assement..Tiba2 my editor starring at my name..Asniaaaahhh.. Dan as pun bangun dari tempat duduk then pegi kat boss.. She said "one of the person who that involved make a clock tower at Mekah come here at Bernama TV so you go there and interview him.. You submit it on Sunday..

Tanpa berlengah as amik buku nota and pen turun ke tingkat 1 Bernama TV...I meet a young man that give her talent to Arab Saudi Gov..Hurmmm i wonder if he give her skill and talent to our beloved country sudah tentu amat membanggakan... So ikuti rencana yang as tulis melalui temubual tersebut.. Anak muda Malaysia yang patut kita banggakan.. Terus mengharumkan nama negara dipersada dunia...


*************************************************************************

Menara Jam Mekah Terima Sentuhan 18 Anak Muda Malaysia


Oleh Asniah Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Malaysia tidak tandus anak muda berbakat yang dihargai dunia luar dan antara buktinya dapat dilihat pada Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait yang mendapat sentuhan 18 anak muda negara ini.

Seorang daripada mereka ialah Hairul Nizam Baharuddin yang merupakan pengurus projek di Syarikat Premier Composite Technology yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Bercakap kepada Bernama di sini baru-baru ini, Hairul Nizam berkata semua anak Malaysia terbabit berkemahiran dan berpengalaman daripada segi kejuruteraan binaan dan terlibat sepenuhnya dalam kerja pemasangan menara jam tersebut.

Ini termasuk kerja pemasangan replika bulan sabit pada menara jam yang terletak berhadapan Masjidil Haram itu, kata anak kelahiran Melaka berkenaan yang ditemui ketika pulang bercuti ke tanah air.

"Semasa proses pemasangan bulan sabit, berlaku tiupan angin kencang dan pada masa itu ada enam anak buah saya sedang melakukan kerja pemasangan di ketinggian 500 meter dari tanah.

"Dalam keadaan itu, kabel yang membawa bahagian bulan sabit itu berpusing-pusing dan kita boleh agak kabel itu boleh putus. Pada masa itu keadaan sangat panik tetapi ada salah seorang anak buah saya yang lebih berpengalaman dan dia berjaya mengawal keadaan serta pemasangan tersebut berjalan dengan lancar," katanya.

Hairul Nizam berkata pembinaan menara jam itu menggunakan bahan komposit iaitu sejenis fiber dan tidak banyak syarikat yang mempunyai kepakaran serta teknologi mengenai bahan tersebut selain kosnya yang tinggi.

"Komposit ini satu bahan fiber yang berstruktur kukuh tetapi ringan, tahan lama dan tidak mudah bocor serta ianya boleh bertahan sehingga 20 tahun tanpa sebarang penyelenggaraan berbanding aluminium yang murah dan berkemungkinan akan berlaku kebocoran dalam tempoh dua atau tiga tahun," katanya.

Katanya di Malaysia terdapat beberapa buah kubah masjid yang dibina menggunakan bahan tersebut iaitu Masjid Putrajaya, Masjid Wilayah dan Masjid Al-Bukhari, Kedah.

"Memang membanggakan kerana dapat bersama-sama tenaga pakar lain melakar sejarah di tanah suci," katanya.

Hairul Nizam berkata menara jam bernilai kira-kira RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya tahun ini dan kini sudah 90 peratus siap.

Mengenai cabaran yang dihadapinya, beliau berkata masalah komunikasi menjadi halangan terbesar kerana rata-rata pekerja di sana tidak fasih berbahasa Inggeris.

"Saya berharap dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang saya dapat kembali ke tanah air dan berbakti di negara sendiri pula menggunakan kepakaran ini," katanya.

Menara jam setinggi 601 meter dan berdiameter 46 meter itu merupakan yang tertinggi dan terbesar di dunia, mengatasi menara jam terkenal lain seperti Palace of Culture and Science di Warsaw, Poland dan Big Ben di London.

Menara jam itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED menghiasinya yang berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.

-- BERNAMA 


Monday, November 28, 2011

Peluang Kedua OR Kebetulan????

Kadang-kadang bila sesuatu yang pernah terlepas dari hidup kita datang kembali, kita rasa adakah ianya peluang atau kebetulan... Tapi sebagai umat islam, as percaya pada qada' dan qadar Allah...Takdir dan ketentuan.. Peluang kedua tu datang bila kita mengharap dan kebetulan berlaku bila sesuatu yang betul-betul kita tak sangka benda tue akan berulang semula dalam hidup kita...

Pengharapan yang berpanjangan boleh membuat hati dan diri kita merana..Bagi ruang utk diri kita dalam membina impian yang kukuh berpaksikan keyakinan. So kita tidak akan terlalu mengharapkan peluang itu berlaku dalam hidup..

Mungkin ada diantara kita yang menjadi pencari peluang tapi peluang itu mungkin tidak muncul dan tidak mustahil akan muncul dalam hidup setiap manusia... Cuma hanya ketentuan Dia saja yang mampu menentukan...

Dalam hidup as, i believe i always get the second chance in anything... Even though dalam perjalanan yang panjang ini... Tapi hanya pada Dia yang Has mintak..Sebab tanpa kita meminta pada Dia mustahil kita akan menerima peluang tersebut... 



Tuesday, September 20, 2011

Rambut sama hitam Hati lain-lain

...بسم الله الرحمن الرحيم

Sape tau kan hati manusia..Nak tilik pun tak boleh sebab dalam diri masing2..So hanya diri sendiri jer tau apa yg tersirat dan tersurat di dalam tue..

Kita tak tau apa yg manusia sanggup buat pada diri kita dan mereka yang menyayangi kita..Sifat hasad dengki dan dendam manusia tak pernah padam dari dunia ni...Sooo kita kene byk bersabar dan bersedia dengan tindakan mereka yang jenis rambut sama hitam tapi hati lain-lain ni..

Segalanya terletak pada hati sendiri dan nawaitu setiap manusia..
Kita selalu nak jadi yang terbaik dalam hidup..tapi kadang-kadang orang suka ambil kesempatan dan mempergunakan kita atas kebaikan yang kita berikan dan suka bertindak melampaui batas. Sedih sgt bila perkara mcm nie terjadi pada kita..Hurmmm..Sampai ble la manusia mcm nie akan 
berubah,yea...

Lebih2 lg orang yang khianati kita tue orang yang kita percaya dan rapat dengan diri kita..yang tau everything ttg diri kita..Boleh menangis tiap2 malam kot kalu kene pada diri Has sendiri..Sebab Has nie mudah tersentuh hati dan sensitif sikit orangnya...

So...Walauapa pun yang akan terjadi pada masa hadapan, harapnya mendapat keredhaan dan rahmat dariNya..

Moga kita menjadi manusia yang HITAM RAMBUTNYA TAPI PUTIH SUCI HATINYA..Insya'allah...

Friday, September 2, 2011

lat ta Li lat laili tamplom!

Dah lama as update blog,kan...Rindu rasanya nak menulis entry2 seterusnya. tapi as xde masa..Buzy la dgn keje..blek umah dh lewat ptg kadang2 mlm br smpai umah.. Dan as pun ada keje shift jgak..msk petang kul 3 abis kul 12tgh mlm..bdn penat mata mengantuk..

SOOOO!!

Hari ini merupakan raya ke-4 umat islam..tp as msh bekerja...Raya pertama di opis..Nangis pg raya bila mak as call..hahaha..nak buat mcm mana tak dpt cuti kene keje..demi tugas ku di Bernama ku turutkan juga langkah dengan usaha yg gigih..Malam raya tue as dan opismate pegi karaoke,tengok wayang..Final Destination 5 menjadi cucian mata kami..

Sepanjang 2 bulan as jadi warga KL nie mcm2 dugaan dalam dugaan dan cabaran yg as lalui..But that all the lesson to me to still stand behind this world...


*Pagi raya di Opis...hehehe...

Sunday, June 26, 2011

Warkah Hati


Kalau ada sinar di ufuk itu untuk ku..
Aku harus bersyukur ke hadrat mu..
Dengan itu aku bersujud kepada mu ya rab..
Lindungilah diri ku dibawah rahman dan rahim mu..
Aku akan meneruskan hidup ini dengan redha mu...
Bagilah aku hidayah mu buat berterusan mentaati perintah mu..
Jadilah aku insan yg mulia disisi hamba mu..
Rindukan aku pada syurga mu..
Cintakanlah aku pada syariat mu..
Lapangkan nafas ku pada kalam mu..
Sucikan hati pada sifat yang noda...
Dan hindarilah diri ku dari pancaroba duniawi..
Kasihkan aku dengan kuasa mu ya rabb..
Rapati diri ini dengan ilmu yang bermanfaat..
Kurniakan aku sifat yang menyenangkan makhluk alam sementera..
Bagilah aku ruang utk melepaskan sengsara duniawi ini..

Saturday, June 25, 2011

Asah Sampai Silau...(*_^)

Umpama kristal yang cantik tp hanya disimpan dalam kotak tanpa dipamerkan dan dijadikan hiasan.Itulah yang boleh Has ungkapkan... Mcm tue jgak la umpama kita ada bakat tapi kita pendamkan jer.. So diri sendiri yang rugi sebab kita tak tunjukkan talent tue pada sesiapa... Dan takde sape2 pun yg perasan bakat terpendam kita tue...hahaha... Jadi kita kene berani dalam melakukan apa yang kita suka dan show ur talents to peoples out there,guys...(*_^)...

Has coret ni bukan apa sekadar nak berkongsi... Has teringat masa praktikal kt RTM pahang 2bulan lalu, masa tue Has pegi PC... Ehhhh bukan Personal Computer tau tapi Press Conference kat Perkeso kuantan.. Masa tue Has nie tgh glabah nak pasang mic then Has tersempat cable mic..hohoho..kalu dh tersempat mesti la jatuh,kan...hahahaha..tapi nasib Has baik sebab kt tepi Has tue ada sebuah kerusi so boleh la Has pegang kerusi tue...Maluuu sehhh...tapi pengalaman,kan..masalahnya tue bukan kali pertama Has pegi PC dh banyak kali tapi tetap berdebar2 jgak...hahaha..apa la..sbb tue Has kata dr awal td kalu minat kita kene berani buat sstu yg kita suka... Jgn jd mcm Has tau korg sebab takde keyakinan dalam diri..tu yg jd nak tertungging depan org tue..hahahaha...

So jgn simpan permata yg ada dlm diri kita...Show it to people's out there and make them proud and let the diamond in ourself shine and bright among this worlds....

Thursday, June 23, 2011

Bila tangan gatal nak blogging

Dah lama tak blogging..Rindu nak menulis dan berkongsi dengan korg..so cik lily conteng la cite apa yg cik lily rasa nak share dgn korg..see in the next page uollss...

persahabatan yg tak dihargai...ada aku kisah???

Lalalalalalala...Salam semua...gembiranya la dirikan walaupun hati sengsara..hahahaha..nak buat mcm mana nama pun kehidupan..Ukhuwah yang kita cari sepanjang perjalanan hidup membawa kepada satu ikatan yang berkekalan dan Has harapkan persahabatan itu menjadi tiang dalam meniti duri hidup.. Has rasa semua orang tau apa ertinya persahabatan dan mcm mana nak tau samada seseorang itu kawan, teman atau sahabat.. Kawan akan berada dgn kita bila kita senang jer manakala sahabat insan yg berada dengan kita bila kita suka, sedih, susah dan senang..kita akan kongsi segala kepayahan yg kita lalui bersama..

Has  ni dah pernah rasa dikhianati oleh seorang "KAWAN"..hahaha..mention besar2 yea eja tue..biasa la bila salah pilih jadi la mcm tue...kita nak benci orang pun tak boleh jugak..sbb maybe diri kita ada silap jgak..so hanya mampu memaafkan tanpa rela jer la...ehhh...ada ke istilah maaf tanpa rela...

Mcm nie citernya..dulu ms zaman muda2 dulu Has ada sorg kawan nie..ktorg memang rapat dan baik sgt2..everthings yg berlaku dlm hidup Has, Has akan story mory kt dia...dan satu hari tue dia tiba2 buat hal dengan Has...dia citer semua citer yg Has ckp kat dia "Rahsia" kat sorg kwn dia..memang la Has naik hangin st bdn..lepas tue dia buruk2 kan plak Has pd budak2 course dia...lepas pd tue Has dh kurang dan terus tak rapat dengan dia...

So korg yg kat luar sana Has nak bg nasihat la sikit nie...kalu nak pilih SAHABAT tue pilih la betul2..jgn smpai jadi mcm Has nie...

Monday, April 18, 2011

Perigi cari Timba..Reality atau Tidak!!!


Korg pernah dengar tak pepatah perigi cari timba...Tapi dalam dunia realiti sekarang ni semua tak dipandang enteng oleh muda-mudi zaman ini.. Has pernah baca sebuah novel yang mana jalan ceritanya seperti tajuk post ni.."PERIGI MENCARI TIMBA"...Seorang perempuan yang educated boleh jatuh cinta dengan seorang ustaz hanya dengan melihat sekeping gambar sahaja..Kemudian si gadis mencari si jejaka sehingga berjumpa..Kalu korg nak tau ending novel tue mcm mana..as sarankan korg cari novel tue..Tajuknya "JAJA & DIN"..

Sangat best membaca novel nie...Penulis berjaya membawa pembaca berada dalam jalan ceritanya...Islamik novel...

Antara petikan yang as nak kongsi dalam novel ini:

"Hidup ini sekadar suatu perjalanan waktu..Kita melalui tahun yg sama...dan dlm perjalanan itu kita bertemu dengan orang yang tidak disangka-sangka......"

"Cinta itu anugerah Allah...Bukan semua makhluk dianugerahkan perasaan itu...."

Monday, March 14, 2011

Thesis

Alhamdulillah thesis as sudah sampai ke penghujung...Penat lelah selama setahun lebih berusaha memang berbaloi.ini bererti perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswa ijazah pun sudah sampai ke penghujung. banyak yang as lalui dalam perjalanan ini.memilih kawan mencari sahabat, komplikasi persahabatan selama 4 tahun, menyusur laluan sepi bersendirian, menimba ilmu yang sukar kefahaman, memerhati gelagat warga kampus dan rakan seperjuangan. 

Kalau hari pertama as bersendirian di bumi kampus itu, kini teman bersama as dihujung perjuangan. Menilai hidup sebagai seorang pencari ilmu yang tegar sukar untuk as lupakan selama-lamanya. 

Friday, February 11, 2011

Kehilangan Nenek Tersayang

Dah seminggu mak tok as pergi...Terasa rindu sgt kat arwah...tp as tetap melepaskan dia pergi dgn redha...semoga dia ditempatkan disisi org yang beriman...

Tuesday, January 25, 2011

Pengalaman Pertama

First day as start praktikal di RTM Pahang...hehehehe.. Dan ari 1st dah duk umah mayat selama 3jam yea..tunggu post-mortem siap dan untuk dptkan keterangan daripada pegawai polis..Korang nak tau x..apa perasaan duk kt umah mayat 2...wowwww....baunya yang amat dashyat sekali,k...kalu as diberi peluang untuk pegi lg, memang kene pegi pun kalu melibatkan kes kematian ni..hehehe...agak mual yea...tahan nafas dan nak loya...tp nasib baik la mkn still bleh telan...hahahaha...semua tu pengalaman...

By the way, that experience made me through this journalist world colourfull...(*_*)

Monday, December 6, 2010

Thesis oh Thesis

Dalam proses menyiapkan dan melangsaikan project ilmiah. Tapi kenapa as rasa susah sangat nak siapkan. Lagipun masa sudah semakin singkat. Khamis ni sudah kene submit pada supervisor, tinggal satu chapter jer lg.Chapter terakhir. sambil as berusaha utk siapkan thesis tiba-tiba teringat pada ruangan ini. Mencoret sesuatu buat tatapan yang membaca blog ini. 


Nak kongsi sesuatu dengan anda semua. 3 minggu yg lepas as blek ke kg dan dlm perjalanan blek ke Nilai,N9 as ternampak satu sutuasi dimana seorg wanita OKU bertanya pada 2 wanita yg sedang berbual rancak dan salah seorg dari mereka pandai menggunakan bahasa isyarat. As berasa kagum dgn wanita sebut kerana dia bukan dr golongan OKU dan mampu bercakap tetapi begitu pandai dan lancar menggunakan bahasa isyarat.Dan as mula terfikir nape tidak as belajar bahasa insyarat jgak dan mungkin dapat membantu mereka yang memerlukan suatu hari nnt. Dan tak rugi jgak kalu as belajar kerana ia merupakan st bonus utk diri as. Bagaimana dgn anda pernah tak terfikir???

Thursday, December 2, 2010

Perjalanan terakhir

Sudah 4 tahun as menuntut ilmu di negeri org.terasa sekejap sgt bila dah nak abis nie.ms 1st time smpai Universit Sains Islam Malaysia (USIM) dulu terasa lambat sgt nak menuju ke detik ni tp bila dh smpai ke saat akhir pencarian ilmu dibumi USIM ini, rasa sedih sgt nak tinggal suasana kampus, lecturer,dewan kuliah dan terutama sekali kawan2 yang as lalui pahit manis dlm kehidupan sebgai seorg pelajar bersama diaorg. Sekarang ni, dlm mood final exam yang hanya tinggal 3 paper lg, lepas abis exam settlekan thesis dan praktikal. as terasa nak kongsi byk lg dgn pembaca semua tentang 4 tahun pengalaman menuntut ilmu di USIM ni..

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, ...