Kita inginkan kebahagian yang berkekalan dalam hidup ini.. Tapi pernah kita terfikir tak macam mana bahagia itu mampu memberi senyuman pada orang di sekeliling kita.. Jangan kita sahaja yang tersenyum bahagia, biarlah orang di sisi kita turut bersama kita.. Berkongsi cerita, suasana dan senyuman yang indah itu...
Bahagia itu datangnya dari hati.. Ianya terletak pada jiwa insan yang menghargai hidup.. Bahagia itu datang apabila kita mensyukuri sesuatu yang ada dalam hidup dan diri..
Bahagia itu mungkin ketika kita mengenali seseorang, menjadi teman seseorang dan berada disampingnya membuat kita berusaha untuk mengejar kebahagiaan yang kita impikan bersama dia..
Tanya pada diri sendiri dan hati; Adakah bahagia itu sentiasa hadir tanpa diduga dan perlu dikejar.. Atau seperti udara yang kita hirup tidak nampak dimata tapi memberi kita nafas untuk bernyawa.. Atau seperti wap, hilang tanpa detiknya.. Mungkin juga seperti air yang dicurah dan tak mampu kita hitung..
Dan jawapan bahagia itu ada pada diri sendiri. Bahagia itu ada dalam hati.. Kita cuma perlu mengubah sedikit definisi bahagia itu maka ia akan hadir dari dalam diri kita.
Tapi ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kita akan kembali tenang dan bahagia. Marilah kita mempertingkatkan iman dan amal hidup, kerana iman kita tidak akan takut terhadap sesuatu yang tidak pasti. Iman mampu memberi kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi masa akan datang. Dan dengan iman kita mampu rasa bahagia yang Allah titipkan kepada kita tanpa kita sedar.
Kerana hidup ini bukan untuk kita kenang masa silam sebaliknya untuk mencipta masa hadapan yang lebih baik.. Jadikan masa silam sebagai pengajaran supaya kita tidak melakukan kesilapan itu berulang kali. Bahagia itu datang keredhaan dan keimanan pada tuhan yang Esa. Moga kita sentiasa dijaga hati agar tidak berpaling dari-Nya dan moga kita menerima redha-Nya dengan senyuman dan rasa bahagia itu. In Sha Allah..
"Saya berlapang dada menerima bahagia yang Allah kirimkan melalui insan-insan di sisi saya.. Mereka yang mewarnai kehidupan saya.. Mereka yang membuat saya tersenyum.. Dia yang sudi menerima diri saya.. Kawan-kawan yang selalu memberi sokongan.. Mak Abi yang sentiasa bersama saya dalam menjalani kehidupan.. Adik-adik yang kadang-kadang memeningkan kepala tapi mereka buat hari saya happening.. Mereka yang buat saya mengelengkan kepala tanda tidak memahami tapi mampu membuat saya tersenyum di penhujung hari.. I love all who make me "BAHAGIA" along my breath.."
No comments:
Post a Comment