...بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum...
Bila bercerita tentang jodoh dan perkahwinan, rasanya ramai yang menyukai topik tersebut.. Termasuklah diri saya sendiri..hehehe.. Topik itu tak pernah basi atau bosan untuk dijadikan perbualan. Bila bercerita tentangnya, ia satu yang menarik dan mungkin menjadi semakin hangat dengan pelbagai pendapat serta luahan. Namun, bila golongan yang sudah sepatutnya berkahwin dan diajukan soalan ; Bila nak kahwin? Awk bila lagi? Adik beradik yang lain dah lepas, awk macam mana plak? dan macam-macam lagi soalan kepada tujuan yang sama itu, akan menjadikan kita berasa sedih dan sakit hati mungkin.. Kenapa wujud rasa macam tue, sebab kita rasa kenapa diri kita belum menemui pasangan hidup. Dan jawapan untuk rasa itu adalah jodoh itu rahsia Dia.
Bukan anda seorang jer yang merasa seperti itu, ramai lagi mereka diluar sana yang merasai apa yang anda rasa. Biarlah orang mahu bercakap kenapa kita belum berkahwin lagi tapi hakikatnya rahsia itu belum dirungkai oleh yang Maha Penyayang. Allah sayang pada setiap hambaNya sebab itu Dia beri kita hidup bersendirian lagi agar kita mempunyai lebih banyak masa untuk berdoa dan bermunajat kepada Dia untuk memohon apa yang kita inginkan.. Jika sudah berpasangan mungkin waktu untuk bermunajat itu akan menjadi kurang sebab sebahagian daripada hidup kita telah kita temui.
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi bagi yang sedang bercinta, jangan kita fikir lelaki atau perempuan itu sudah milik kita. Tidak! selagi tiada akad dan qabul dilafazkan dihadapi seorang wali. Oleh itu, berdoalah banyak-banyak semoga Dia permudahkan urusan jodoh kita. Andai Dia menghamparkan ujian dan dugaan kepada kita ketika bercinta, itu bermakna Dia nak melihat tahap keimanan kita dan sebanyak mana kita sujud untuk meminta serta merayu pada Dia. Sejauh mana kita mampu bertahan dan menanggung dugaan itu bergantung kepada kekuatan keimanan. Setiap masalah pasti akan kita atasi sehingga selesai, seperti itu juga dugaan. Allah pasti memberi kita jalan untuk kita hadapinya. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk Allah.
Andai aturan Allah itu menyakitkan, ketahuilah Dia sedang memberi kasihNya pada kita. Bersyukurlah kita menjadi hamba terpilih untuk diuji.
Kita selalu dengar jodoh, pertemuan, ajal, maut, rezeki semua telah ditentukan oleh Allah. Tapi sebagai manusia, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya juga. Jangan hanya berharap kepada takdir semata-mata. Takdir memang takdir tapi usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.
Tetapi ketahuilah satu perkara ini ;
Jodoh itu rahsia Allah S.W.T,
Sekuat mana kita setia,
Selama mana kita menunggu,
Sehebat mana kita merancang,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya..
Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya..
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dengannya,
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar,
dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya..
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..
Dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah jua...
Saya kongsikan sebuah doa untuk kita semua amalkan..
No comments:
Post a Comment