...بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum...
Selamat Tahun Baru 2014.. Semoga tahun ini kita menjadi lebih bersemangat untuk memajukan diri dan berusaha menjadi hambaNya yang taat pada setiap perintah serta suruhanNya.. Masih tak terlambat lagi jika As nak kongsikan azam tahun 2014 =》
1) Mahu menjadi anak yang solehah pada mak dan abi saya...
2) Ingin menjadi muslimah yang lebih baik serta hamba-Nya yang taat kepada setiap perintah dan suruhan...
Kata-kata dari saya ::Azam itu bererti niat.. Niat yang baik sentiasa akan dipermudahkan oleh Dia::
Setiap tahun azam kita akan berubah dan kadang-kadang apa yang kita tidak dapat capai pada tahun sebelumnya akan terus dibawa bersama kepada tahun ini.. Usaha itu merupakan sebuah perjalanan, di mana kita akan terus mendapatkannya walaupun susah. Dalam mencapai azam itu, pelbagai rintangan dan cubaan yang akan kita lalui. Biar segentar atau sekuat mana dugaan itu,semangat yang teguh harus ada dalam diri kita supaya apa yang kita azamkan itu terlaksana.. Atau dengan kata lain, istiqamahlah dalam berusaha untuk mencapai azam itu..
Hidup sebagai hamba-Nya kadang-kadang menjadikan saya lalai dengan suruhan-Nya, syariat berpakaian, pergaulan lelaki dan perempuan, adab sebagai seorang muslimah, dan syariat lain yang dituntut dalam islam terhadap seorang wanita islam atau lebih tepat Muslimah. Oleh itu, apabila tersedar dari mimpi yang panjang untuk 2 tahun nie bekerja sebagai media practitioner, sudah cukup rasanya asam garam, manis, tawar dan pelbagai lagi perisa dunia yang telah saya telan sepanjang menjadi wartawan. Bagi mereka yang pernah merasai onak duri dunia media (skop media amat luas yea, ia bukan sahaja hiburan) akan tahu apa itu sebenarnya kehidupan seorang wartawan. No life with family, friends, weekend orang cuti tapi kami bekerja, raya tanpa keluarga kerana tuntutan kerja, kejar prominence untuk dapatkan maklumat, solat dihujung waktu sebab nak kejar masa dan kadang-kadang terlepas waktu sebab tugasan. Ya Allah, ampunkan hamba ini.. Rasa banyak sangat dosa dan lalai dalam suruhan Mu.. Jadi, tahun 2014 saya berazam untuk lebih dekat dengan Dia dan menjadi hamba-Nya yang taat kepada setiap perintah serta suruhan.. Allahuma Amin.. Sekarang sudah jadi student semula so banyak waktu untuk beribadah.. Mak pesan, "lepas nie kak kena qada' semua solat yang kak tinggal tue.." Baiklah mak..hehehe..
Kenapa jauh sangat menyimpang nie.. Tadi kita bercerita pasal azam kan??.. Owhhhh.. Sebabnya saya berazam hendak menjadi Muslimah yang lebih dekat dengan Dia so terkeluar pula cerita pengalaman selama 2 tahun jadi media practitioner nie..huhuhuhu.. Saya malu dengan diri sendiri, dengan Rab saya dan dengan semua khalifah allah di muka bumi ini kerana kelalaian saya itu.. So lepas nie awak semua dan saya juga jangan lalai dengan tuntutan serta perintah Dia yea..
~Rabbighfirli Warhamni Wajburni Warfa'kni Warzuqni Wahdini Wa'afini Wa'kfu 'anni.~

Maksudnya:
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku,
angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan
maafkanlah aku."
No comments:
Post a Comment