Tuesday, January 28, 2014

Siapa Kita Ketika Diuji

#quotefromlilyhaseena #mutiarakataitulahirdarisebuahperjalananhidup

Aku Mencari Dalam Sebuah Kehidupan

...بسم الله الرحمن الرحيم


Aku mencari ketenangan yang dianugerahkan oleh Dia,

Aku mencari pengertian dalam setiap ilmu dan kalam Dia yang disampaikan kepada Nabi ku,

Aku mencari kebahagian yang diredhaiNya,

Aku mencari sebuah keabadian yang hakiki,

Aku mencari kegenggam ketabahan hidup jika diuji,

Aku mencari kecintaan Tuhan dan Nabi ku dalam setiap urusan hidup ku,

Aku mencari sebuah kehidupan yang memberi kedamaian dan ketenangan..

*************************************
Aku mencari bukan yang hebat,
tapi yang mampu menjadi pendamping setia.

Aku mencari bukan yang perkasa,
tapi yang mampu melindungi keluarga.

Aku mencari bukan yang kaya,
tapi yang mampu bersederhana dalam hidup.

Aku mencari bukan yang kacak,
tapi yang sempurna di mata.

Aku mencari bukan yang sempurna,
tapi yang mampu melengkapi kekurangan diri.

Aku mencari yang mampu membawa diri ke arah syurga abadi.


Assalamua"alaikum..

Wahai kawan-kawan, jangan kita lupa bahawa dalam setiap pencarian hidup kita segalanya telah ditetapkan oleh Allah sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi. Oleh itu, setiap yang kita terima dalam kehidupan ini, kenalah redha dan bersyukur. Dan bagitahu diri, "Allah sudah bagi yang terbaik untuk aku, berbanding orang lain yang lagi susah pada aku..." 

Hadis riwayat Anas bin Malik ra:
Sesungguhnya Allah S.W.T mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya. (Shahih Muslim No.4785)

Jika kita berasa tidak bernasib baik dengan hidup kita, cuba kita buka mata dan lihat orang disekeliling, mereka yang lebih bertuah atau kita yang lebih bertuah. Walaupun kadangkala kita nampak orang lain lebih senang dan berjaya daripada kita, tapi ketahuilah setiap manusia mempunyai masa senang dan susah yang pasti dilalui. Jadi, bila kita lalui masa senang, kita kenalah bersyukur sebab Allah bagi kita rasa itu dan sebaliknya. Bila kita hadapi waktu susah, kita kenalah berfikir, "Dia sudah beri aku banyak kesenangan, apa salahnya kali ini aku merasai ujian yang Dia berikan pada aku.."


Dalam hidup ini semua orang mahukan sebuah pencarian hidup yang menyenangkan. Kesenangan itu adalah nikmat, kesusahan itu adalah ujian. Ketika merasai kesenangan kita ingat balik waktu susah kita, dari itu kita akan bersyukur dengan apa yang kita ada dan terima hari ini. 

Jodoh Itu Rahsia Dia

...بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'alaikum...


Bila bercerita tentang jodoh dan perkahwinan, rasanya ramai yang menyukai topik tersebut.. Termasuklah diri saya sendiri..hehehe.. Topik itu tak pernah basi atau bosan untuk dijadikan perbualan. Bila bercerita tentangnya, ia satu yang menarik dan mungkin menjadi semakin hangat dengan pelbagai pendapat serta luahan. Namun, bila golongan yang sudah sepatutnya berkahwin dan diajukan soalan ; Bila nak kahwin? Awk bila lagi? Adik beradik yang lain dah lepas, awk macam mana plak? dan macam-macam lagi soalan kepada tujuan yang sama itu, akan menjadikan kita berasa sedih dan sakit hati mungkin.. Kenapa wujud rasa macam tue, sebab kita rasa kenapa diri kita belum menemui pasangan hidup. Dan jawapan untuk rasa itu adalah jodoh itu rahsia Dia. 

Bukan anda seorang jer yang merasa seperti itu, ramai lagi mereka diluar sana yang merasai apa yang anda rasa. Biarlah orang mahu bercakap  kenapa kita belum berkahwin lagi tapi hakikatnya rahsia itu belum dirungkai oleh yang Maha Penyayang. Allah sayang pada setiap hambaNya sebab itu Dia beri kita hidup bersendirian lagi agar kita mempunyai lebih banyak masa untuk berdoa dan bermunajat kepada Dia untuk memohon apa yang kita inginkan.. Jika sudah berpasangan mungkin waktu untuk bermunajat itu akan menjadi kurang sebab sebahagian daripada hidup kita telah kita temui. 

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi bagi yang sedang bercinta, jangan kita fikir lelaki atau perempuan itu sudah milik kita. Tidak! selagi tiada akad dan qabul dilafazkan dihadapi seorang wali. Oleh itu, berdoalah banyak-banyak semoga Dia permudahkan urusan jodoh kita. Andai Dia menghamparkan ujian dan dugaan kepada kita ketika bercinta, itu bermakna Dia nak melihat tahap keimanan kita dan sebanyak mana kita sujud untuk meminta serta merayu pada Dia. Sejauh mana kita mampu bertahan dan menanggung dugaan itu bergantung kepada kekuatan keimanan. Setiap masalah pasti akan kita atasi sehingga selesai, seperti itu juga dugaan. Allah pasti memberi kita jalan untuk kita hadapinya. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk Allah.

Andai aturan Allah itu menyakitkan, ketahuilah Dia sedang memberi kasihNya pada kita. Bersyukurlah kita menjadi hamba terpilih untuk diuji. 

Kita selalu dengar jodoh, pertemuan, ajal, maut, rezeki semua telah ditentukan oleh Allah. Tapi sebagai manusia, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya juga. Jangan hanya berharap kepada takdir semata-mata. Takdir memang takdir tapi usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

Tetapi ketahuilah satu perkara ini ;


Jodoh itu rahsia Allah S.W.T,
Sekuat mana kita setia,
Selama mana kita menunggu,
Sehebat mana kita merancang,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya..
Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersama dengannya..
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya,
Kita tetap akan bersama dengannya,
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar,
dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya..
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..
Dan sebaik-baik rancangan adalah dari Allah jua...

Saya kongsikan sebuah doa untuk kita semua amalkan..


Friday, January 24, 2014

Dia Sentiasa Bersama Hamba-Nya

#quotefromlilyhaseena #mutiarakataitulahirdarisebuahperjalananhidup

Azam Itu Bererti Niat

...بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum...

Selamat Tahun Baru 2014.. Semoga tahun ini kita menjadi lebih bersemangat untuk memajukan diri dan berusaha menjadi hambaNya yang taat pada setiap perintah serta suruhanNya.. Masih tak terlambat lagi jika As nak kongsikan azam tahun 2014 =》
1) Mahu menjadi anak yang solehah pada mak dan abi saya...
2) Ingin menjadi muslimah yang lebih baik serta hamba-Nya yang taat kepada setiap perintah dan suruhan...

Kata-kata dari saya ::Azam itu bererti niat.. Niat yang baik sentiasa akan dipermudahkan oleh Dia::

Setiap tahun azam kita akan berubah dan kadang-kadang apa yang kita tidak dapat capai pada tahun sebelumnya akan terus dibawa bersama kepada tahun ini.. Usaha itu merupakan sebuah perjalanan, di mana kita akan terus mendapatkannya walaupun susah. Dalam mencapai azam itu, pelbagai rintangan dan cubaan yang akan kita lalui. Biar segentar atau sekuat mana dugaan itu,semangat yang teguh harus ada dalam diri kita supaya apa yang kita azamkan itu terlaksana.. Atau dengan kata lain, istiqamahlah dalam berusaha untuk mencapai azam itu..

Hidup sebagai hamba-Nya kadang-kadang menjadikan saya lalai dengan suruhan-Nya, syariat berpakaian, pergaulan lelaki dan perempuan, adab sebagai seorang muslimah, dan syariat lain yang dituntut dalam islam terhadap seorang wanita islam atau lebih tepat Muslimah. Oleh itu, apabila tersedar dari mimpi yang panjang untuk 2 tahun nie bekerja sebagai media practitioner, sudah cukup rasanya asam garam, manis, tawar dan pelbagai lagi perisa dunia yang telah saya telan sepanjang menjadi wartawan. Bagi mereka yang pernah merasai onak duri dunia media (skop media amat luas yea, ia bukan sahaja hiburan) akan tahu apa itu sebenarnya kehidupan  seorang wartawan. No life with family, friends, weekend orang cuti tapi kami bekerja, raya tanpa keluarga kerana tuntutan kerja, kejar prominence untuk dapatkan maklumat, solat dihujung waktu sebab nak kejar masa dan kadang-kadang terlepas waktu sebab tugasan. Ya Allah, ampunkan hamba ini.. Rasa banyak sangat dosa dan lalai dalam suruhan Mu.. Jadi, tahun 2014 saya berazam untuk lebih dekat dengan Dia dan menjadi hamba-Nya yang taat kepada setiap perintah serta suruhan.. Allahuma Amin.. Sekarang sudah jadi student semula so banyak waktu untuk beribadah.. Mak pesan, "lepas nie kak kena qada' semua solat yang kak tinggal tue.." Baiklah mak..hehehe..

Kenapa jauh sangat menyimpang nie.. Tadi kita bercerita pasal azam kan??.. Owhhhh.. Sebabnya saya berazam hendak menjadi Muslimah yang lebih dekat dengan Dia so terkeluar pula cerita pengalaman selama 2 tahun jadi media practitioner nie..huhuhuhu.. Saya malu dengan diri sendiri, dengan Rab saya dan dengan semua khalifah allah di muka bumi ini kerana kelalaian saya itu.. So lepas nie awak semua dan saya juga jangan lalai dengan tuntutan serta perintah Dia yea..

~Rabbighfirli Warhamni Wajburni Warfa'kni Warzuqni Wahdini Wa'afini Wa'kfu 'anni.~

Maksudnya:
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."



Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, ...