Sunday, December 2, 2012

Kesempurnaan Yang Dicari

Andai kesempurnaan yang dicari dalam hidup.. Mungkin sukar untuk mendapat apa yang dikatakan kesempurnaan.. Kita mahu apa yang kita inginkan sempurna.. Tapi sedarkah kita yang diri kita ini begitu sempurna untuk mendapat yang kesempurnaan itu.. 

Aku tidak sempurna... Diri mu tidak sempurna... Ketidaksempurnaan kita itu menjadi pelengkap kepada sebuah kehidupan yang akan kita lalui nanti.. Kita akan saling melengkapi untuk menjadi lebih baik, meskipun hanya untuk kita berdua sahaja..

Kita tahu hanya Allah Yang Maha Sempurna dalam kehidupan ini... Dan hanya Dia yang berhak menilai setiap kesempurnaan makhluknya...




Saturday, October 27, 2012

Ya Allah Permudahkan Urusan Hidup Ku

...بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai Diri...
Kau layak untuk menerima kebahagiaan
Kau mampu bangkit menentang kejahilan manusia
Kau mampu berdiri atas usaha mu sendiri
Kau hadapi langkah mu dengan berani
Kau tempuhi kegetiran dengan tenang
Kau tutupi kelemahan mu dengan ilmu
Kau hindari fitnah dunia dengan kekuatan hati
Kau jalani keindahan hidup dengan senyuman
Kau hempas kudrat mu dengan gagah
Kau lapang hati mu dengan air mata
Kau cium harum dunia dengan waspada
Kau pijak bumi dengan langkah yang berhati-hati
Kau usik hati mu dengan kesusahan insan lain
Kau tabah menghadapi usik dusta manusia

Wahai Diri...
Biar insan menghina mu dengan kata yang pedih
Aku tahu mana letaknya kekuatan mu..

Wahai Diri...
Andai ada yang cuba mengkhianati kepercayaan mu
Kau harus yakin Allah sentiasa bersama mu...

Wahai Diri..
Andai ada yang ingin menyentuh hati mu
Kau yakini bahawa ada insan yang layak untuk mu...

Wahai Diri...
Jika ada insan ingin menerima kekurangan mu
Kau bersyukur padaNya andai itu jodoh mu...

Wahai Diri..
Jika kau kalah di medan dunia sementara
Kau berjuanglah untuk terus kuat menongkah perjalanan mu...

Wahai Diri...
Kau harus yakin pada keyakinan, kekuatan, kegigihan
Ketabahan dan keinginan mu
Kau harus menjaga akhlak mu
Kau harus menjadi seorang wanita yang solehah...

Ya Allah Permudahkan Urusan Perjalanan Hidup Ku...

Sunday, August 19, 2012

Indahnya Ramadan

...بسم الله الرحمن الرحيم

Ramadan..
Bulan yang dinanti seluruh umat Islam
Bukan kerana menunggu Aidilfitri selepas sebulan
Tetapi menunggu peluang
Merebut barakah yang ada dalam lipatan rahmah mu
Mengejar pahala yang dijanjikan oleh-NYA
Menuntun kesabaran dan kekuatan hati
dalam melakukan ibadah puasa..

Ramadan
Kau tinggalkan kami dengan begitu pantas sekali..
Kami menuntut setiap malam mengejar fadhilat mu
Berusaha mencari malam seribu malam
Lailatul qadar...
Menghimpun sebanyak mungkin doa dan amal ibadah
Meninggalkan lena agar bertemu dengan malam yang dicari seluruh umat
Semoga umat muhammad yang tawadu' dalam mengejar amal ibadat
Dapat bertemu dengan malam tersebut....


P/S:Maaf entry ini lambat ditulis...kekangan masa yang menjadi penghalang...

Tuesday, July 24, 2012

Setitik Ilmu-Sejuta Makna

 ...بسم الله الرحمن الرحيم




Jumaat lepas as dan Rani (my best friends aka Dj Selangor FM) keluar dating lepas mak cik tue, 2 week bergelar isteri orang..(opss sori la Puan Siti Rohani, i dah bocorkan status tue..hehehe..).. Lepas as, Rani dan Madi (husband si Rani) lunch kt area Pantai Dalam, ktorg berdua merewang ke mid valley sementara kaum adam menunaikan solat jumaat..hehehe..Biasa la hari jumaat org lelaki pegi masjid org perempuan penuhkan shopping complex cuci mata and cuci wallet too..hehehe..Betul tak wahai kaum hawa sekalian yang mempunyai duit sendiri...(sila angguk2 dan angkat tangan jika benar)...

Sebenarnya nak citer pasal buku di atas tue..Tak mau bengkok-bengkok dah..Penat..Straight forward udah..kekeke..(teringat adik bongsu as ckp "kak tulis gelak ~kekekeke~ mcm orang tua takdak gigi ketawa..hahaha..apa2 la wahai adik...) Tengok belok-belok lagi..Aduhaiiii...

Ok, as kalu pegi Mid Valley taksah  tak masuk MPH BookStore (bukan nak promote mph oke tp nak promote bahan bacaan yang as cari untuk dikongsi bersama)..Dua buah buku tersebut berjaya menarik hati as untuk dibeli kali nie..Tau la kenapa..Mungkin illlustrasi dan sinopsisnya terlalu menarik untuk dijadikan santapan minda ketika masa senggang dan sebelum mata ditutup setiap hari.. Dah jadi kebiasaan as sebelum tido membaca sesuatu walauapapun bahannya...

Kat sini as postkan sinopsis kedua2 buah buku tersebut...Harganya tidak la terlalu mahal berbanding isi yang bernilai dan memberi manfaat kepada kita semua..Selamat mencari dan membaca buku tersebut...

~DOSA MENYEKAT PINTU JODOH DAN CARA MEMBUKANYA~

“Sudah bermacam usaha telah aku lakukan, bermula dari facial, manicure, pedicure, bahkan mandi bunga pun sudah. Namun masih belum ada juga yang berkenan. Bahkan, musim rambutan sudah berganti dengan musim durian. Aku masih solo, rakan sebaya semuanya sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Tetapi mengapa jodoh itu tidak kunjung tiba kepada ku? Apakah ada salah denganku? Adakah ada sumpahan di dalam diriku? Apakah memang sudah tidak ada jodoh bagiku? Kalau beginilah, aku pasrah saja dengan kehendak Tuhan.”

 Usah berputus asa dan berfikiran pesimis begitu.

Jika memang jodoh belum tiba, padahal niat di hati sudah menggebu, pasti ada yang tidak kena dengan diri anda. Allah pasti sedang menguji anda kerana perbuatan anda sendiri. Dan perkara tersebut pasti berkait dengan dosa-dosa yang selama ini anda lakukan.

Apakah dosa-dosa itu?

Buku ini akan membantu anda untuk mengetahui apakah dosa-dosa yang dapat menyekat jodoh anda. Malah buku ini juga menyertakan cara membuka jalan agar jodoh segera sampai. Malah tidak perlu dan jangan mencari bomoh atau dukun untuk membuka pintu jodoh anda. Kerana ia boleh menjuruskan kepada syirik. Dengan mempelajari dan mempraktikkan isi daripada buku ini dan dengan doa yang dipanjatkan kepada Allah, insya Allah carilah jodoh anda dan mungkin juga dia akan mencari anda.

~ISTIKHARAH CINTA~


Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. 
Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar.
Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, 
sehingga kadangkala terlupa, itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa.

 Istikharah Cinta turut mengupas:
  • Mengenal pasti pilihan berkualiti menurut Islam
  • Tip mengurus, memelihara, dan menyuburkan keserasian cinta
  • Kisah menarik bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu Thalhah
  • Pernikahan luar biasa Muslim bin Umran, saudagar terkaya di Kota
  • Landasan ikhlas menurut Profesor Dr. Yusuf al-Qaradhawi
“Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua. Kemudian, puaskan hatiku dengan takdir-Mu itu."

Thursday, June 28, 2012

Pantai dan Ombak


بسم الله الرحمن الرحيم...

Andai ombak membelah pantai,
Biarlah ia menghentam dengan kuat,
Andai hidup dilanda musibah,
Jadikan pantai sebagai teladan,
Semakin dipukul semakin cantik dan bersih tepiannya...


Jadi jika hidup kita dilanda badai,
Seberat mana sekali pun,
pastikan ia menjadi penguat jalan ke hadapan..
Kerana tanpa badai itu,
Kita tidak akan belajar dari kesalahan...
Andai pantai itu tidak pernah dilanda ombak,
Pasti kosong dari sampah dan kotoran,
Maka ia pasti bersih tanpa noda...
Dan disitu tiada celanya,

Mungkin pantai pasti berkata:
Kenapa aku tidak dibadai ombak?
Rasa hidup ku kosong tanpanya
Kerana kami diciptakan bersama dan saling memerlukan...

Thursday, June 7, 2012

Redha Itu Indah

Bermula Dengan Namu Mu Ya Allah....Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum...


Selalu dengar orang cakap Sabar Itu Indah...Tapi bagi as Redha Itu lagi Indah.. Kita harus menerima ketentuan dengan senyuman walaupun sukar kerana ada sinar pelangi di penghujung redha itu nanti...Percaya laa... Dan Redha Itu juga Tabah....Dan ianya bukan menyerah kalah,OK??? 

Bila kita redha secara automatik hati kita akan jadi tenang... Dan perjalanan hidup kita pun gembira tanpa rasa sesal di hati...




Thursday, May 31, 2012

Bingkisan dari Sana

Assalamualaikum...

As nak kongsi pic masa pegi Krabi tgh bulan ari2...Orang belanja kita kene terima..Hehehehehe..tapi pic nie bukan as yang snap tau...Someone yang snap....

Sunrise in that ufuk..Subhanallah...

Langit yang indah tp indah lagi langit di bumi kelahiran ku..

Mula2 mcm nak ukir nama kt atas pantai nie..tp xjadi...just one snap only....

Nice view,kan...

It not me..But the scenery it so awesome...

Monday, May 28, 2012

Words Of Love In Picture

Assalamualaikummmmmmmm Semuaaaaaaaaaaa...

Ehh,Ehhhh!! Lupa la nak baca basmallah dulu.. Ok2... hehehehe..

"Bismillahirahmanirahim..."

Jom kita tengok dan hayati kata2 pada setiap gambar dibawah nie...Enjoy the words and u can interpret the meaning in yourself..





 



Everything Ketentuan-NYA



Allah dah tetapkan setiap ketentuan seseoarang dengan mengikut apa yang DIA rancangkan.. Jika sebuah hubungan diputuskan separuh jalan mungkin ada yang lebih baik untuk kita.. Mungkin ada hikmah yang lebih sempurna untuk kita.. Jika rezeki yang diberikan hanta setakat itu sahaja mungkin DIA nak kita berusaha lebih lagi supaya dapat yang lebih baik dan banyak....

Sentiasalah bersangka baik atas apa setiap yang berlaku... Jangan mudah berputus asa dalam meneruskan kehidupan ini.. Selagi kita mampu berpijak di muka bumi DIA, hendak berusaha dan berdoa pada dia untuk lebih bahagia.. Jangan bila susah jer kita baru nak ingat DIA... Mungkin DIA takkan lupa kita bila senang atau susah tapi kita sentiasa lupa DIA bila kita senang...

Mengerti la Wahai Hidup


Sendirikah Aku??
ya, aku makin menyendiri...krn aku tahu kamu sudah tak perlukan aku lagi...cukuplah kamu bahagia dengan hidup ini...biarkan hari hari berlalu...walaupun aku tiada lagi di depan kamu.

 Kenangan atau Memori Sajer??
ya, dalam hidup ini....tak semestinya kita dapat ape yg kita nak...kamu buang aku, dan aku cuba melupakan kamu...walaupun hakikatnya bukanlah kesemua memori itu aku padam...itu hanya salah satu cara agar aku lebih selesa dengan kehidupan ku, tanpa memikirkan tentang kamu lagi.

Sempurnakah Diri ini??
ya, aku mohon maaf sepanjang perkenalan ini...aku hanya insan biase, tak mampu untuk jadi sempurna...kerna aku punya banyak kelemahan dalam diri ini...tp aku cuba jadi yg terbaik buat kamu...meski hakikatnya kamu dan aku tak mampu bersama lagi.


Friday, May 25, 2012

Hargailah mereka di sisi

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum...

Cuba kita hayati kata-kata ini...

Tanya pada rindu, rindu pasti berlalu.

Tanya pada sayang, sayang kadang hilang.

Manusia datang dan pergi dalam hidup ini,

Persoalannya tika mereka di sisi, adakah kita menghargai?

Korg pernah terfikir tak bila seseorang yang kita sayangi berada di sisi kita, berapa kerap kita menghargai apa yang dia telah lakukan untuk kita... Mungkin ada tetapi cukup tak dengan apa yang dia lakukan untuk kita dengan sepenuh hatinya dan seikhlas jiwa...(mcm terbalik jer...ikut korg la nak bc mcm mana..hehehe)

Mungkin kita tak sedar kerana kita tak pernah terfikir insan itu masih berada di sisi kita... Andai kita tahu bila insan itu akan pergi dari hidup kita, pasti kita akan berusaha menghargai setiap saat dan apa yang dia lakukan untuk kita dengan penuh keikhlasan serta kasih sayang...

Andai dia pergi dari hidup kita tanpa sedetik pun sempat kita menghargai apa yang dilakukan pasti sesal yang berpanjangan akan kita rasai..Begitu juga dengan orang yang kita cintai, jagalah hatinya supaya dia merasakan kita amat menghargai dan mengambil berat tentang dirinya... Cubalah luangkan sebanyak mungkin masa senggang yang kita ada untuk bersama insan yang kita sayangi tak kira siapa dia, samada kekasih, suami, ibubapa, adik2, atok, nenek atau orang yang selalu berada disamping kita ketika kita jatuh dan bangun dalam meniti kehidupan ini.. Kerana tanpa mereka kita akan tenggelam dalam dunia yang penuh kecelaruan ini.. Mereka yang menjadi pendorong, penguat dan pembakar semangat dan hidup kita melalui susah dan senang..

Jangan sampai bila mereka sudah pergi meninggalkan kita baru kita sedar..."Kenapa aku tak pernah nak jaga hati dia masa dia bersama aku dulu?"..."Kalau dulu aku selalu luangkan masa bersama dia semua ini takkan terjadi"...Kenapa aku tak hargai apa yang dia buat pada aku dulu??"...Kalau lah boleh aku undur masa nak jer aku membalas segala apa yang dia lakukan untuk aku selama ini... (Semua ini akan kita fikir bila semuanya sudah terlambat).. Rasa sesal yang pasti menyakitkan hati sendiri...Jadi sebelum semua penyesalan itu terjadi hargailah apa yang orang tersayang atau orang sekeliling kita lakukan untuk diri kita...

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna" <----> "Hargailah mereka yang berada di sisi kita"

Rintihan Seorang Hamba

Bila aku rindu -->  Aku akan rindu pada Mu

Bila aku sunyi --> Aku akan dekat dengan Mu

Bila aku marah --> Aku akan beristighfar nama Mu

Bila aku sakit --> Aku akan memohon kesembuhan pada Mu

Bila aku gelisah --> Aku akan membaca kalam Mu

Bila aku kecewa --> Aku akan mengingati Mu

Bila aku berdosa --> Aku akan memohon keampunan dari Mu

Bila aku gembira --> Aku akan bersyukur pada Mu

Bila aku lapang --> Aku akan sentiasa menyebut nama Mu

Bila aku senang --> Aku gembira kerana Engkau sentiasa berada di sisi hamba Mu...


Semuanya aku lakukan dengan mengingati Mu Ya Allah....
Tanpa Mu akulah hamba yang malang..
Kerana Engkau pemilik nyawa dan roh ku...
Selagi aku bersama Mu,
semuanya akan berjalan dengan lancar..

Saturday, May 19, 2012

Wuduk Zahir dan Batin


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":
1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada sahabat-sahabat

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan,insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wanita Cantik yg suka Menangis...


Post ini Has tujukan buat tatapan semua wanita -wanita dan kaum lelaki di dunia ini.

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun , harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan... Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."

sumber:dari islamic ebook..

Monday, May 14, 2012

Writing Is My Passion


...بسم الله الرحمن الرحيم 


Dah lama as tak update blog nie,kan..Maaf sgt2 yea, as takde masa and sentiasa sibuk la..Lepas nie blog nie akan sentiasa meriah dengan coretan baru as untuk korang semua.. as akan merajinkan diri untuk mencoret sesuatu untuk kenangan sendiri dan kepada sesiapa yang sudi baca...kekekeke... (Perasan mcm ada org follow jer blog nie,kan...) But i love writing...

Satu hari, as takde assement..Tiba2 my editor starring at my name..Asniaaaahhh.. Dan as pun bangun dari tempat duduk then pegi kat boss.. She said "one of the person who that involved make a clock tower at Mekah come here at Bernama TV so you go there and interview him.. You submit it on Sunday..

Tanpa berlengah as amik buku nota and pen turun ke tingkat 1 Bernama TV...I meet a young man that give her talent to Arab Saudi Gov..Hurmmm i wonder if he give her skill and talent to our beloved country sudah tentu amat membanggakan... So ikuti rencana yang as tulis melalui temubual tersebut.. Anak muda Malaysia yang patut kita banggakan.. Terus mengharumkan nama negara dipersada dunia...


*************************************************************************

Menara Jam Mekah Terima Sentuhan 18 Anak Muda Malaysia


Oleh Asniah Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Malaysia tidak tandus anak muda berbakat yang dihargai dunia luar dan antara buktinya dapat dilihat pada Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait yang mendapat sentuhan 18 anak muda negara ini.

Seorang daripada mereka ialah Hairul Nizam Baharuddin yang merupakan pengurus projek di Syarikat Premier Composite Technology yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Bercakap kepada Bernama di sini baru-baru ini, Hairul Nizam berkata semua anak Malaysia terbabit berkemahiran dan berpengalaman daripada segi kejuruteraan binaan dan terlibat sepenuhnya dalam kerja pemasangan menara jam tersebut.

Ini termasuk kerja pemasangan replika bulan sabit pada menara jam yang terletak berhadapan Masjidil Haram itu, kata anak kelahiran Melaka berkenaan yang ditemui ketika pulang bercuti ke tanah air.

"Semasa proses pemasangan bulan sabit, berlaku tiupan angin kencang dan pada masa itu ada enam anak buah saya sedang melakukan kerja pemasangan di ketinggian 500 meter dari tanah.

"Dalam keadaan itu, kabel yang membawa bahagian bulan sabit itu berpusing-pusing dan kita boleh agak kabel itu boleh putus. Pada masa itu keadaan sangat panik tetapi ada salah seorang anak buah saya yang lebih berpengalaman dan dia berjaya mengawal keadaan serta pemasangan tersebut berjalan dengan lancar," katanya.

Hairul Nizam berkata pembinaan menara jam itu menggunakan bahan komposit iaitu sejenis fiber dan tidak banyak syarikat yang mempunyai kepakaran serta teknologi mengenai bahan tersebut selain kosnya yang tinggi.

"Komposit ini satu bahan fiber yang berstruktur kukuh tetapi ringan, tahan lama dan tidak mudah bocor serta ianya boleh bertahan sehingga 20 tahun tanpa sebarang penyelenggaraan berbanding aluminium yang murah dan berkemungkinan akan berlaku kebocoran dalam tempoh dua atau tiga tahun," katanya.

Katanya di Malaysia terdapat beberapa buah kubah masjid yang dibina menggunakan bahan tersebut iaitu Masjid Putrajaya, Masjid Wilayah dan Masjid Al-Bukhari, Kedah.

"Memang membanggakan kerana dapat bersama-sama tenaga pakar lain melakar sejarah di tanah suci," katanya.

Hairul Nizam berkata menara jam bernilai kira-kira RM9 bilion itu dijangka siap sepenuhnya tahun ini dan kini sudah 90 peratus siap.

Mengenai cabaran yang dihadapinya, beliau berkata masalah komunikasi menjadi halangan terbesar kerana rata-rata pekerja di sana tidak fasih berbahasa Inggeris.

"Saya berharap dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang saya dapat kembali ke tanah air dan berbakti di negara sendiri pula menggunakan kepakaran ini," katanya.

Menara jam setinggi 601 meter dan berdiameter 46 meter itu merupakan yang tertinggi dan terbesar di dunia, mengatasi menara jam terkenal lain seperti Palace of Culture and Science di Warsaw, Poland dan Big Ben di London.

Menara jam itu dikatakan boleh dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED menghiasinya yang berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.

-- BERNAMA 


Thursday, February 9, 2012

~Istikharah~



ISTIKHARAH

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

Dah lama as tak update blog nie...Hurmm xde masa la..Bekerja dan terkejar2 dengan dateline...Begini la hidup as sejak menjejakkan kaki di BERNAMA dan bekerja sebagai wartawan nie...

Sebenarnya..as post lagu diatas,ada cerita disebaliknya...as sedang menunggu jawapan istikharah dari seseorang..Semoga jawapannya adalah yang terbaik untuk kehidupan as..

~~Ya Rahman,seandainya dia yg terbaik buatku..kau bukakanlah ruang ht ku utk menerimanya...namun seandainya dia bukan utk ku maka kau lapangkanlah hati kami utk menerima takdir Mu..ssghnya petunjuk dr-Mu adalah yg terbaik buat ku...amin ya ar hamma rahimin...~

Kuasa Maaf - "Saya Minta Maaf"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Pernah baca tak petikan ni, ...